Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)

Wednesday, September 28, 2016

IDE: PH mampu kekal kuasa di Selangor

Kaji Selidik IDE: Pakatan Harapan mampu kekal kedudukan di Selangor?
Astro Awani |  September 27, 2016 22:48 MYT
Kaji Selidik IDE: Pakatan Harapan mampu kekal kedudukan di Selangor?
Berdasarkan kaji selidik yang dikendalikan Institut Darul Ehsan (IDE) terhadap persepsi pengundi di negeri itu, Pakatan Harapan kekal popular sebagai parti pilihan pengundi di Selangor bagi tahun 2016.
SHAH ALAM: Pakatan Harapan mempunyai peluang untuk kekalkan kedudukan di Selangor.

Berdasarkan kaji selidik yang dikendalikan Institut Darul Ehsan (IDE) terhadap persepsi pengundi di negeri itu, Pakatan Harapan kekal popular sebagai parti pilihan pengundi di Selangor bagi tahun 2016.

Populariti Pakatan mengatasi Barisan Nasional (BN) dengan 59 peratus responden menjawab mereka menyokong Pakatan manakala 29 peratus menyokong BN, sementara 12 peratus tidak menyokong mana-mana parti.

Bagaimanapun menurut Timbalan Pengerusi IDE, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, sokongan kepada BN boleh meningkat khususnya menjelang pilihan raya.

"Dalam pilihan raya, trend ini boleh berubah. Walaupun BN hanya mempunyai sokongan 29 peratus sekarang, namun ketika pilihan raya, sokongan kepada BN boleh bertambah sehingga 15 peratus.

"Ini kerana, BN mempunyai pelbagai strategi termasuk penggunaan media, persempadanan semula. Jadi tidak mustahil untuk sokongan itu bertambah dan kita sudah melihat ia berlaku dalam pilihan raya sebelum ini," katanya semasa sidang media bagi membentangkan hasil kaji selidik 'IDE: Isu dan Persepsi Pengundi Selangor', di sini, hari ini.

Kaji selidik turut mendedahkan hanya menerusi pertandingan satu-lawan-satu menentang BN, memungkinkan Pakatan untuk menang besar dalam pilihan raya akan datang.

Jika berlaku pertandingan dua penjuru antara kedua parti itu, PKR akan mempunyai 63 peratus peluang kemenangan melawan BN.

Namun, sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan PKR umpamanya, PKR boleh mempunyai 48 peratus kemenangan, diikuti BN 35 peratus dan PAS 17 peratus.

"Walaupun PKR ada 48 peratus tetapi berdasarkan rekod pilihan raya sebelum ini, belum tentu PKR boleh menang sebab dalam pilihan raya sebelum ini walaupun BN hanya 35 peratus tetapi dia boleh melompat lebih kepada 15 peratus menerusi pelbagai cara.

"Bagi Pakatan nak dapatkan tambahan lima peratus lagi pun payah. Jadi 48 peratus ini sebenarnya tidak banyak," katanya.

Sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan PKR umpamanya, PKR boleh mempunyai 48 peratus kemenangan, diikuti BN 35 peratus dan PAS 17 peratus.
Sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan PKR umpamanya, PKR boleh mempunyai 48 peratus kemenangan, diikuti BN 35 peratus dan PAS 17 peratus.

Menariknya, sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, BN dan Bersatu mempunyai peluang hampir sama untuk menang, dengan masing-masing 38 peratus dan 35 peratus, manakala, PAS 27 peratus.

Ditanya mengenai peluang kemenangan Bersatu yang juga tinggi, menurut Dr Mohammad parti Bersatu yang dibarisi pemimpin popular mampu menarik sokongan kepada parti baharu itu.
"Kita pernah tanyakan kepada responden dan didapati 35 peratus daripada mereka pernah mendengar tentang Bersatu, berbeza dengan Amanah kerana Bersatu cukup 'mainstream' dan banyak diuar-uarkan dalam media arus perdana, berbeza dengan Amanah," katanya.

Apa yang nyata, ujarnya, pertandingan tiga penjuru hanya memberi keuntungan kepada BN di Selangor untuk menang kerana perpecahan undi kepada Pakatan Harapan.

1 comment:

  1. Siapa responden2 kaji selidik ini? Syok sendiri? Pengundi2 felda involve tak?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa