Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 8, 2016

Dakwaan Muhyiddin: Sangkalan penganalisis ini ada logiknya!

Dakwaan Muhyiddin disangkal penganalisis politik
Alan Ting      8 Sep 2016, 12:39 pagi
Dakwaan pihak pembangkang bahawa Barisan Nasional mungkin akan kehilangan sebanyak 45 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang disangkal penganalisis politik, yang menegaskan masih terlalu

awal untuk membuat spekulasi ke arah mana kecenderungan undi berkenaan akan memihak kelak.

Pada Sabtu, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata simulasi yang dijalankan oleh "pakar" yang dilantiknya meramalkan bahawa 45 kerusi BN yang dipegang akan hilang sekiranya terdapat empat peratus undi beralih kepada pembangkang.

Menurut pensyarah Universiti Malaya Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, simulasi itu yang dijalankan empat bulan lalu, nampaknya berdasarkan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

"Dalam melakukan sebarang kajian (atau simulasi), faktor masa adalah sangat penting. Kajian yang dilakukan dalam tempoh dua atau tiga bulan sebelum pilihan raya akan memberikan keputusan lebih tepat (dan ia juga menggambarkan sentimen sebenar di peringkat umum)," katanya.

Pensyarah Pengajian Sains Sosial Universiti Sains Malaysia Prof Dr Sivamurugan Pandian juga sependapat bahawa mana-mana simulasi pemilihan atau kajian yang dijalankan pada masa ini adalah terlalu awal bagi mengukur sentimen sebenar pengundi mahupun untuk mengetahui kedudukan parti-parti politik dalam PRU akan datang.

Tempoh mandat kerajaan sedia ada akan berakhir pada Julai 2018.

"Adalah penting untuk melakukannya (simulasi) dalam tempoh tiga hingga empat bulan sebelum pilihan raya. Ini kerana isu-isu yang timbul dalam tempoh itu mungkin mempengaruhi pola pengundian," katanya.

Sivamurugan berkata sebarang analisis atau kajian pilihan raya sama ada yang dijalankan oleh BN atau pembangkang, perlulah mengambil kira perbandingan antara PRU-12 (yang diadakan pada 2008) dan keputusan PRU-13 (2013).

"Sejumlah kerusi BN yang terlepas (ke tangan pembangkang) ketika 2008, yang dikatakan sebagai ‘tsunami politik’ bagaimanapun berjaya ditawan semula dalam PRU-13, manakala beberapa kerusi yang dimenanginya pada PRU-12 pula, dirampas pembangkang pada PRU-13," katanya.

Awang Azman berkata tidak kira bagaimana simulasi berkenaan dijalankan, adalah penting untuk memahami bahawa sentimen pengundi biasanya dipengaruhi oleh isu-isu yang diketengahkan dalam tempoh menjelang tarikh pilihan raya.

"Simulasi yang disebut oleh Muhyiddin dilakukan berdasarkan keputusan PRU-13, di mana kerusi (Parlimen) dikategorikan sebagai hitam (kawasan pilihan raya yang dimenangi BN dengan majoriti tipis), kelabu (menang dengan majoriti antara 40 dan 50 undi) dan putih (menang dengan margin yang selesa).

"Bagaimanapun, terdapat perubahan selepas PRU-13... beberapa pilihan raya kecil telah berlangsung sejak itu, yang menyaksikan BN mengekalkan kerusi dan juga merampas kerusi Teluk Intan daripada DAP," tambah beliau.

Pada PRU-13, DAP mengekalkan kerusi Parlimen Teluk Intan dengan majoriti 7,313 undi tetapi pada pilihan raya kecil Mei 2014, BN menguasai kerusi itu dengan majoriti 238 undi setelah mendapat 7.96 peratus undi yang beralih daripada pembangkang.

Awang Azman menegaskan, simulasi Muhyiddin gagal mengambil kira hakikat bahawa pakatan pembangkang kini berpecah-belah, dengan sebahagian parti pembangkang utama seperti PAS tidak lagi bertanding dalam pakatan sebagaimana semasa PRU-13.

Beliau berkata penyertaan PAS dalam mana-mana pertandingan bahagian akan memberi kesan kepada keputusan pilihan raya.

"Sebagai contoh, pilihan raya kecil berkembar parlimen di Sungai Besar (Selangor) dan Kuala Kangsar (Perak), yang diadakan pada bulan Jun.

"Undi pembangkang telah berpecah antara PAS dan parti serpihannya Amanah (Parti Amanah Negara) dan ini secara tidak langsung memihak kepada BN, yang akhirnya mengekalkan kedua-dua kerusi dengan majoriti lebih tinggi.

"Pada PRU-13, BN memenangi kerusi Kuala Kangsar dan Sungai Besar dengan majoriti masing-masing hanya 1,082 dan 399 undi," katanya.

(Kerusi Parlimen Kuala Kangsar dimenangi Datin Mastura Mohd Yazid, balu Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei, dengan majoriti lebih besar iaitu 6,969 undi berbanding majoriti 1,082 undi mendiang suaminya.)

(Budiman Mohd Zohdi, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang, mengekalkan kerusi Sungai Besar yang sebelumnya dipegang Tan Sri Noriah Kasnon yang turut terkorban dalam kemalangan helikopter sama, dengan majoriti yang lebih besar, iaitu 9,191 undi berbanding kemenangan tipis Noriah - majoriti 399 undi dalam PRU-13.)

Walaupun ada yang mempertikaikan bahawa keputusan pilihan raya kecil biasanya tidak mencerminkan mood keseluruhan pilihan raya umum, kemenangan mereka tidak wajar diabaikan kerana ia menggambarkan trend pengundian semasa.

Merujuk kepada pilihan raya kecil parlimen Rompin pada Mei 2015, Awang Azman berkata BN masih berjaya mengekalkan kerusi itu, walaupun dengan majoriti yang berkurangan.

"Tetapi pemimpin parti telah mengaitkan keadaan itu dengan peratusan keluar mengundi yang lebih rendah dan kalangan pengundi kurang bersemangat," katanya.

1 comment:

  1. Tolong bagitau itu prof. La li pon rakyat dah meluat. Tak yah la tunggu 2-3 bln sblum PRU..itu jam persen lagi tinggi

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa