Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, September 25, 2016

Belit: Cakap Usataz serban besar yang susah nak pakai

* Pedulikanlah PAS.......lantaklah jadi 3 penjuru atau enam penjuru.
Semua cakap mereka semua tak boleh diterima pakai........penuh belit dan auta, sama besar dan panjang dengan belit serban mereka!

Nak lawan UMNO tapi di masa yang sama nak menangkan UMNO?
Porrah!

Saturday, 24 September 2016
NAK LAWAN CARA MANA NI USTAZ, DUA PENJURU ATAU TIGA PENJURU?
Sabar dulu...jangan cepat gembira dengan kenyataan Ketua Penerangan Pas, Nasharuddin Tantawi ini.

Dalam kenyataannya, beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh menegaskan, Pas tidak sesekali akan bergabung dengan UMNO dalam pilihanraya umum akan datang, malah telah menetapkan pendirian akan bertanding di mana-mana kerusi yang ditandinginya.

Sekali baca memang nampak cantik kenyataan itu, tetapi apakah maksud sebenar kata-kata beliau itu?

Adakah ia bermaksud Pas sedia berunding dengan rakan-rakan pembangkang lain untuk merealisasikan pertandingan satu lawan satu atau tekad berlawan di semua kerusi UMNO itu bertujuan supaya berlakunya pertandingan tiga penjuru?

Kalau nak lawan UMNO tetapi dalam masa yang sama tidak mahu berpakat dan menjadikan satu lawan satu sebagai kenyataan, ia juga bermaksud mahu memberi kelebihan atau memenangkan pihak lawan.

Lawan memang banyak lawan, ada lawan betul-betul, ada lawan main-main dan ada juga lawan untuk sengaja bagi pihak lawan menang.

Lagi pun kata-katanya bahawa Pas akan bertanding di semua kerusi UMNO banyak maksud tersiratnya.

Buat apa Pas umum nak bertanding di semua kerusi UMNO? Bukankah Pakatan Harapan dan PPBM juga akan bertanding di kerusi UMNO sama?

Yang mana satu ni ustaz, nak lawan UMNO dua penjuru atau tiga penjuru? (SH 24/09/2016).- sumber

4 comments:

  1. Dia takut Kerusi Temerloh terlepas dari tangannya . cakap setakat kepentingan diri saja. Boleh caya ke ?

    ReplyDelete
  2. Cita2 besar tapi bodoh.
    Nak berlawan di gelanggang tapi bersilat pun tak tahu
    Cita2 nak ke bulan tapi roket habuk pun tarak

    ReplyDelete
  3. "Lagi pun kata-katanya bahawa Pas akan bertanding di semua kerusi UMNO banyak maksud tersiratnya."

    Bersangka baik.

    ReplyDelete
  4. diharap Amanah & DAP jgn pedulikan sbrg kenyataan pas.

    ingatlah bhw kita dilarang mempercayai org yg menipu putar belit berkali2.

    jgn percaya sangat dgn pkr. mrk amat bertaqwa kpd pas. bg mrk tanpa pas, mrk akan kalah. begitulah beriman pkr pd pas wlpn dah kena tikam belakang sblm ini.


    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa