Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, September 27, 2016

Bila dahan dah menunduk,maka jadilah tempat kera meniti

Rimau betina ni pun dah berani sesah Hadi

BEKAS AHLI UMNO, ANINA SAADUDIN MENEMPELAK PRESIDEN PAS, DATUK SERI ABDUL HADI AWANG KERANA TAKUT UNTUK BERCAKAP BENAR

Anina Saaduddin berkata, adalah sesuatu yang sia-sia dalam menggunakan nikmat yang diberikan Allah sekiranya menjadi pemimpin yang takut berkata benar demi menjaga pangkat dan kuasa.

“Jika anda berada dalam kerajaan, parti pemerintah atau menjadi Presiden Parti Islam tetapi anda takut berkata benar demi pangkat, kuasa, kemasyhuran, maka sia-sialah nikmat Allah kepada anda.

“Jangan kemukakan alasan kepada saya, tetapi jawablah di hadapan Ya Rabbul Jalil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini lapor *_Free Malaysia Today_*.

Dalam pada itu, *_Anina menegaskan dia tidak takut kepada pemimpin UMNO termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak_*.

Baginya, dia hanya takut kepada Allah dan tidak akan sesekali berundur daripada perjuangannya demi bangsa, agama dan negara.

“Simpan sahaja sijil dari Mesir, Madinah, Morocco, Harvard, Oxford atau dari bulan sekalipun. Simpan sahaja pengalaman dalam Parlimen walau berpuluh tahun anda mereput di dalamnya.

“Simpan sahaja pangkat Tan Sri, Datuk Seri, Datuk, Puan Sri, Datin Seri, jangan bangga di hadapan saya jika anda pendusta dan pengecut untuk tanahair sendiri.

“Simpan sahaja jubah, serban, tudung beribu ringgit mahupun janggut jika anda mendustai tanahair sendiri,” ujarnya.

Sebelum ini, Hadi menolak Deklarasi Rakyat yang bertujuan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Hadi berpandangan tindakan kumpulan yang mengadakan Deklarasi Rakyat bagi menyingkirkan Perdana Menteri baru-baru ini sebagai sia-sia.

Menurutnya, untuk menjatuhkan seseorang Perdana Menteri, proses demokrasi diperlukan iaitu melalui pilihan raya atau usul undi tidak percaya.

Hadi pernah dilaporkan sebagai berkata *_PAS_* bersedia bertindak sebagai *_penasihat membantu BN_* mentadbir negara.

3 comments:

  1. Mana ahli2 PAS, jawab kalau tak jwb MALU..Pedih sungguh nak jwb ni..
    Betui jugak katanya

    ReplyDelete
  2. Wow..terbaik komen drp Anina.checkmate utk presiden pas.dari arah mana yg beliau nak jawab bagi membetulkan kribiliti sebagai seorang presiden..tunggu jawapan drp tuan presiden saja.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa