Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 19, 2016

Siapa yang melutut kepada siapa hakikatnya?

Kami tak mahu melutut pada PAS sebab itu tubuh Amanah - Salahuddin Ayub

Saya dan kawan-kawan tidak akan tubuhkan Amanah kalau mahu melutut pada PAS itu reaksi Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub selepas diminta mengulas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Semalam, Hadi berkata Amanah akan melutut kepada PAS dan mengiktiraf kekuatan parti itu suatu hari nanti.

Ketika itu juga parti-parti yang menjadi sekutu Amanah terpaksa bergantung pada PAS untuk meraih sokongan rakyat, dakwa Hadi lagi.

Kalau isu melutut saya dan kawan-kawan tak akan tubuhkan Amanah.

*Kalau nak melutut duduk dalam PAS sajalah. Jangan cakap apa-apa. Jangan buat apa-apa. Duduk diam sahaja.*

*Bagi saya ucapan itu lahir daripada ucapan cemburu melihat kejayaan Amanah dalam tempoh yang singkat telah berjaya membuktikan bahawa dia bukan parti seperti Hamim dan Berjasa.*

*Jadi harapan untuk lihat Amanah ini parti kecil yang umurnya tak panjang dan akan mati macam (parti) HAMIM dan BERJASA itu tidak kesampaian.*

Sebaliknya Amanah hari ini dapat sambutan yang baik daripada masyarakat," kata Salahuddin .

# Yang aku nampak PAS dah pun melutu kepada UMNO. Kalau tidak nak bayar gaji kakitangan kerajaan Kelantan pun duit tak cukup akibat dari kejahilan menghasilkan ekonomi dan kejahilan berbelanja.

Seketika setelah ketiadaan Husam dalam jemaah exco Kelantan, apa jadi pada Projek Lebuhraya Rakyat? Sekarang nampaknya projek itu bergerak semula dengan bantuan kerajaan pusat. Ada berani puak Wala'un nafikan? 

Korang nampak ke mana Mad Yaacob pergi dan siapa yang dia jumpa sebik saja dia dilantik jadi MB Kelantan?

4 comments:

  1. Kah Kah Kah.... Kami sesekali tak akan melutut kepada Pas. Kami hanya melutut kpd Dap! Takdir!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami melutut,sujud dan berserah hanya kepada Allah. Tapi kami tidak bercakap guna siku dan lutut.

      Delete
  2. Pas telah lari jauh drp perjuangan asal iaitu utk menjatuhkan amno.

    ReplyDelete
  3. Pas telah lari jauh drp perjuangan asal iaitu utk menjatuhkan amno.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa