Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, September 7, 2016

Kenapa pula Salleh yang gelabah lebih?

# Dah terpampang dengan fakta ke seluruh dunia, bukan bukti lagi rupanya!
Mahathir yang salah?
Jawablah pakai fakta dan logik untuk manusia yang berakal boleh terima

Satu lagi nape Said yang gelabah bewak bila Mahathir berjabat tangan dengan Anwar? 
Sepatutnya Zahid yang berpeluh sebab kedudukan Zahid hanya satu tangga jer lagi untuk duduk dengan selesa di puncak!

Mahathir lakukan sebesar-besar pengkhianatan
6 SEPTEMBER 2016
Salleh Said Keruak

KUALA LUMPUR - "Tun Dr Mahathir Mohamad melakukan sebesar-besar pengkhianatan terhadap Malaysia apabila beliau meminta kuasa asing supaya campur tangan dan menumbangkan kerajaan yang dipilih rakyat Malaysia," kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Katanya, ini semua demi memenuhi kepentingan politik peribadi bekas perdana menteri itu.

"Malaysia di bawah kerajaan yang ada sekarang tidak akan sekali-kali membenarkan pihak asing untuk campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara kita. Semua cubaan mereka (pengkritik) telah gagal dan akan terus gagal," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam blognya sskeruak.blogspot.my.

Dalam kenyataannya dengan tajuk berita 'Campur Tangan Luar, Sabotaj dan Dwistandard', menteri itu berkata: "WSJ (Wall Street Journal) dan mereka di belakangnya tentu amat kecewa apabila setiap serangan yang dilakukan, Malaysia, kerajaan, BN dan perdana menteri menjadi semakin kuat".

Salleh berkata, sejak lebih setahun lepas, sebuah akhbar Amerika Syarikat melancarkan serangan demi serangan terhadap Malaysia.

"Namun, tidak satu pun dalam sekian banyak serangan oleh Wall Street Journal itu berupaya menyertakan bukti konkrit atau memberi nama orang yang membuat dakwaan seperti yang dilaporkannnya. Oleh itu, bagaimanakah kita hendak percayai segala apa yang mereka tulis?" katanya.

Salleh berkata kini pula, WSJ mengakui Tawaran Awam Permulaan (IPO) yang dirancang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak dapat diteruskan kerana terdapat laporan negatif.

"Hakikat sebenarnya ialah IPO itu sengaja disabotaj. Media tertentu seperti WSJ melancarkan kempen secara global, bertindak seperti kenderaan yang membawa pasukan bermotifkan politik seperti Tun Mahathir Mohamad.

"Mereka tahu, tindakan mensabotaj IPO itu akan mewujudkan masalah kewangan bagi 1MDB. Sekiranya syarikat itu dibiarkan meneruskan program rasionalisasinya, ia akan berjaya," kata menteri itu.

Salleh berkata anehnya, kempen terhadap Malaysia hanya dilancarkan apabila persoalan serius ditimbulkan tentang hubungan antara perniagaan dan politik di negara WSJ sendiri.

"Bolehkah kita terima apabila Jabatan Keadilan Amerika hanya menyiasat yang bersangkut paut dengan Malaysia sahaja? Berapa banyakkah individu dan entiti Amerika Syarikat yang disiasat Jabatan Keadilan itu? Kenapakah WSJ tidak mempunyai pasukan yang ditubuh khas bagi melaporkan perkara itu dengan tahap obsesi yang sama?" kata beliau.

Kesemua ini menunjukkan hakikat wujudnya dwistandard: satu set peraturan untuk Barat, dan satu set lagi untuk negara membangun seperti Malaysia, yang enggan tunduk dan menurut perintah. - Bernama

1 comment:

  1. Golongan yang makan dedak sudah mula risau kehilangan dedak dan risau akan dicampakkan ke dalam kandang.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa