Tindakan Muhyiddin minta PM saman bersifat emosi - Hishammuddin
Astro Awani | September 03, 2016 16:06 MYT
JOHOR BAHRU: Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mencabar perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyamannya merupakan kenyataan yang berunsurkan emosi dan mencari publisiti.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan, bekas Timbalan Perdana Menteri itu perlu terlebih terdahulu membuktikan kenyataannya berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum membawa perkara itu ke mahkamah.
“Dia (Muhyiddin) kena buktikan kenyataannya ada asas sebelum sesuatu yang dinafikan nak bawa ke mahkamah. Apa guna kalau sesuatu perkara itu dibawa ke mahkamah tetapi tidak ada asas dan fakta hubung kait dengan perkara yang dibangkitkan awal lagi.
BACA: RM1 bilion dalam akaun PM: Zahid minta Muhyiddin tunjuk bukti
VIDEO: Tindakan saman menyaman hanya gertak politik
“Jadi kadang kalanya itu sesuatu yang dari segi emosi dan harapan untuk mendapat publisiti dan tumpuan orang ramai kadang kalanya kalau pergi mahkamah ia akan dapat tumpuan orang, cuma saya nak ingatkan sesuatu tuduhan itu perlu bersandarkan kepada fakta asas dan bukti,” katanya dalam sidang media pada Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Johor Bahru di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilaporkan mencabar Datuk Seri Najib untuk menyamannya sekiranya kenyataannya berkaitan (1MDB) adalah tidak benar.
Sementara itu, berhubung kenyataan Muhyiddin semalam mengenai 67 kerusi Barisan Nasional (BN) bakal berhadapan dengan risiko kalah, Hishammuddin berkata ia sekadar andaian semata-mata.
"Kita tak layan andaian. Yang penting kita dalam parti, di Bahagian masing-masing kena jaga jentera supaya apa yang jadi andaian dan ramalan mereka tidak akan jadi satu kenyataan," kata beliau.
Semalam, Muhyiddin turut dilaporkan berkata sekiranya empat peratus sahaja pengundi beralih angin, 45 kerusi daripada 67 kerusi BN itu boleh menjadi milik pembangkang.
# Kenapa orang lain senang jer PM saman?
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan, bekas Timbalan Perdana Menteri itu perlu terlebih terdahulu membuktikan kenyataannya berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum membawa perkara itu ke mahkamah.
“Dia (Muhyiddin) kena buktikan kenyataannya ada asas sebelum sesuatu yang dinafikan nak bawa ke mahkamah. Apa guna kalau sesuatu perkara itu dibawa ke mahkamah tetapi tidak ada asas dan fakta hubung kait dengan perkara yang dibangkitkan awal lagi.
BACA: RM1 bilion dalam akaun PM: Zahid minta Muhyiddin tunjuk bukti
VIDEO: Tindakan saman menyaman hanya gertak politik
“Jadi kadang kalanya itu sesuatu yang dari segi emosi dan harapan untuk mendapat publisiti dan tumpuan orang ramai kadang kalanya kalau pergi mahkamah ia akan dapat tumpuan orang, cuma saya nak ingatkan sesuatu tuduhan itu perlu bersandarkan kepada fakta asas dan bukti,” katanya dalam sidang media pada Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Johor Bahru di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilaporkan mencabar Datuk Seri Najib untuk menyamannya sekiranya kenyataannya berkaitan (1MDB) adalah tidak benar.
Sementara itu, berhubung kenyataan Muhyiddin semalam mengenai 67 kerusi Barisan Nasional (BN) bakal berhadapan dengan risiko kalah, Hishammuddin berkata ia sekadar andaian semata-mata.
Semalam, Muhyiddin turut dilaporkan berkata sekiranya empat peratus sahaja pengundi beralih angin, 45 kerusi daripada 67 kerusi BN itu boleh menjadi milik pembangkang.
# Kenapa orang lain senang jer PM saman?
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa