Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, September 7, 2016

Masih ada lagi kisah di sebalik MH370 dan Kapten Zaharie........

Portal dedah persahabatan juruterbang MH370 dengan wanita
mk  -  Hari ini, 5:41 petang
Juruterbang pesawat Malaysia Airlines MH370 dilaporkan menghantar mesej kepada seorang wanita yang mempunyai tiga anak mengenai "perkara peribadi" dua hari sebelum pesawat berkenaan hilang pada 8 Mac, 2014.

Portal The Australian melaporkan Kapten Zaharie Ahmad Shah semakin rapat dengan Fatima Pardi pada bulan-bulan sebelum kehilangannya.

Persahabatan mereka dikatakan dengan cepat berkembang sehingga kapten itu berperanan sebagai bapa kepada tiga anak wanita itu, yang seorang daripada mereka menghidapi ‘cerebral palsy’.

Walau bagaimanapun, persahabatan mereka mulai dingin atas desakan Zaharie beberapa minggu sebelum pesawat itu hilang.

Fatima juga tidak mendedahkan subjek perbincangan WhatsApp terakhir mereka sebelum nahas itu.

"Perbualan terakhir itu adalah hanya antara saya dengan dia. Saya tidak mahu bercakap mengenainya.

"Saya khuatir apa yang saya katakan akan disalah-fahamkan. Ia perkara peribadi, isu persendirian," katanya yang dipetik oleh portal Australia itu.
Fatima, 35, adalah bekas guru tadika yang kini bekerja untuk parti pembangkang.

Sebelum ini, wanita itu telah disoal sebanyak empat kali oleh penyiasat berhubung kehilangan pesawat MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal.

The Australian melaporkan bahawa Fatima menjadi semakin rapat dengan Zaharie selepas mesyuarat sebagai sukarelawan politik pada pilihan raya umum pada tahun 2013.

Beliau berkata juruterbang berusia 53 tahun itu kerap melawat rumahnya dan sering membawa hadiah untuk anak-anaknya.

Bagaimanapun, Fatima berkata mereka tidak mempunyai sebarang hubungan sulit dan keputusannya untuk mendedahkan perkara ini kepada umum kerana mahu menangkis spekulasi bahawa Zaharie mungkin merampas pesawat tersebut.

"Ini bukan kisah cinta. Beliau seorang kawan. Kami hanya berkawan.

"Beliau berkata dirinya melihat saya mempunyai potensi dan mahu membantu membina masa depan yang lebih baik untuk diri saya dan anak-anak," katanya.

Fatima mengakui beliau menolak semua pelawaan untuk ditemu-bual sejak hari malang pada 2014 itu kerana bimbang akan disalah tafsir dan mungkin juga menyinggung perasaan keluarga Zaharie.

Katanya, walaupun terdapat khabar angin mengenai hubungan persahabatan mereka, beliau menegaskan kedua-dua mereka rapat kerana anak-anaknya sayangkan Zaharie.

"Saya tidak fikir bahawa beliau mencintai saya. Saya percaya beliau sayangkan anak-anak saya. Apa juga anak-anak saya minta, beliau akan membelikannya untuk mereka.

"Saya berkata kepadanya, beliau perlu berhenti berbuat demikian kerana saya tidak memanjakan anak-anak. Dia akan berkata, 'mereka hanya kanak-kanak'. Jadi, apa yang boleh saya simpulkan? Beliau sayang kanak-kanak," katanya.

Julai lalu, sebuah majalah New York yang cuba menerangkan kehilangan pesawat MH370 mendakwa maklumat bocor daripada daripada siasatan mendapati wujudnya teori bahawa juruterbang itu cuba membunuh diri.

Mereka mendakwa Zaharie membuat perancangan, walaupun tidak serupa, dengan laluan MH370 yang dipercayai dibawa ke selatan Lautan Hindi pada simulator penerbangannya.

Pihak berkuasa mengesahkan maklumat yang bocor tetapi berkata laluan pada simulasi hanya satu "kemungkinan perancangan".

Pesawat jenis Boeing 777200ER itu belum ditemui walaupun operasi pencarian besar-besaran dijalankan di selatan Lautan Hindi yang dipercayai tempat bersemadinya pesawat itu selepas melencong dari laluan asalnya.

1 comment:

  1. Cerita ini macam nak menguatkan lagi pembohongan kehilagan mh370.ac tak jatuh dikatakan jatuh di lautan.macam proses air reverse osmosis.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa