SEPTEMBER 20, 2016 / PAK PANDIR KAMPUNG
Pemimpin PAS semua berkata, mereka tidak akan berkerjasama dengan DAP. Serata tempat- inilah ungkapan dari pemimpin2 PAS. Parti DAP anti Melayu, anti-Raja dan anti Islam.
Tapi DAP 10 tahun dahulu, tetap seperti DAP sekarang. Personality berubah, tapi dasar2 perjuangan tetap serupa. Berjuang untuk menubuhkan kerajaan yang demokratik, berundang undang, adil saksama untuk semua rakyat Malaysia.Senentiasa menyebelahi mereka yang kerdil, tidak berkuasa, yang ditindas dan melindungi mereka yang dibuasi.
Yang berubah ialah pendirian pemimpin PAS. Terutama setelah kematian Ustaz Nik Aziz. Sikap pemimpin PAS hari ini menunjukkan beberapa perkara.
pertama, perubahan sikap mereka sebetulnya, mendedahkan bahawa inisiaitif berkerjasama dengan DAP yang dahulu dilakukan oleh ustaz Nik Aziz adalah salah. Ini bukan sekadar kesalahan biasa, tapi sikap pemimpin PAS hari ini mendedahkan bahawa ustaz Nik Aziz melakukan kesilapan fundamental politik yang sangat asas.
Bukankah dahulu nya, berkerjasama dengan DAP yang tetap serupa seperti hari ini, telah dijustifikasikan dengan prinsip tahaluf siasi? Maka jika demikian, konsep dan prinsip tahaluf siasi yang di perjuangkan penerimaan nya oleh ustaz Nik Aziz dan sokong oleh beberapa pemimpin PAS yang berotoriti hari ini seperti ustaz Tuan Ibrahim, adalah pada dasar nya, suatu kesalahan besar? Adakah tahaluf siasi itu suatu konsep palsu yang dipakai untuk convenience?
Dan penyokong serta ahli PAS tidak menyedari perkara ini?
Nampaknya, dari sudut politik pratikal, PAS di pandu oleh imbuhan2 segera.
Sekarang ianya jadi fashionable untuk menjustifikasikan gabungan dengan musuh nya yang utama yakni UMNO. Parti2 komponen BN yang bukan Melayu jangan merasa seronok- sebab sentiment keatas DAP sekarang, juga teraplikasi keatas mereka. Keutamaan PAS sekarang ialah bergabung dengan UMNO parti sebangsa dan seagama dengan PAS. Parti lain yang tidak seagama dan tidak sebangsa dan tidak sepemikiran, tidak releven kepada PAS. Dan ini termasuk PBB yang ada 14 kerusi parlimen, sama banyak dengan PAS sekarang. Kerana parti itu tidak sepemikiran dengan PAS.
Apakah yang mendorong ‘kecintaan semula’ PAS terhadap UMNO? Mana2 kita pergi, ungkapan orang PAS ialah, kita kena berbaik dengan UMNO sebab Dato Najib itu Melayu, Islam. Kita tutup mata dengan kesalahan dan kemungkaran yang dia lakukan sebab, keutamaan kita mempertahankan kerajaan sebangsa dan seagama. DAP itu cina, yang anti Islam, anti bangsa melayu dan anti Raja Melayu. Semua cerita mengenai korapsi Najib adalah rekaan orang2 DAP dan pembangkang lain. Lagi pun, kita tidak ada 4 saksi yang melihat antan lesung masuk ke antan.
Dan kita mesti taat kepada pemimpin kita, ustaz Haji hadi. Dia kasyaf tinggi, tok guru, murabbi, sembelih lembu tak percik darah kat jubah nya. Ini semua tanda2 karamah ustaz Hadi.
Perkembagan keatas sikap PAS membuktikan suatu kebenaran. Najib sebetulnya tidak perlu membayar setiap pengundi untuk menang sokongan sesuatu pihak. ia mencukupi dengan membeli beberapa pemimpin sahaja dan pengikut2 mereka sudah berada dalam tangan Najib.
Agaknya orang2 PAS sudah melupakan beberapa prinsip yang lebih asas yang mendasari sikap dan perwatakan politik. Benar, PAS kata mereka berjuang atas dasar2 dan prinsip Islamik, dan prinsip islamik yang releven bila berinteraksi dengan rakan2 seperjuangan mestilah prinsip2 yang mendasari perbuatan berkerjsama.
Apa nya prinsip2 ini? Antara nya, setiakawan, saling boleh mempecayai satu sama lain, menjadikan diri boleh dipercayai, dan tahaluf siasi itu sendiri. Sekarang ini, walaupun PAS tetap berkata bahawa asas mereka ialah islamik, pada pandangan rakan2 seperjuangan yang lain, PAS adalah sebuah parti yang tidak boleh dipercayai. Kata2 mereka tidak boleh dipakai, salaman tangan mereka tidak tetap.
Kita melihat 2 faktor beroperasi dengan perubahan sikap PAS yang belot pada kawan2.
1. Keghairahan PAS berbaik dengan umno dan Najib didorong oleh timbulnya keangkuhan dan rasa diri itu benar dan tidak boleh dibantah.
2. Objektif bersatu dengan UMNO itu dilakukan atas kesediaan mengorbankan prinsip keadilan dan kebenaran.
Dalam alQuran Allah melaknati mereka yang merasakan ilmu dan pengetahuan yang ada terkandung dalam dada mereka sudah lengkap.
Kedua, Allah melaknati mereka yang menyembunyikan kebenaran walaupun sudah ternyata fakta2 dan petanda.
Dalam ayat 87 Al Baqarah, Quran menceritakan sikap suatu kumpulan yang menolak mesej yang tidak seselera dengan pemikiran mereka lalu kumpulan ini melabelkan pembawa mesej yang berbeza itu sebagai pemfitnah dan sabahagian mereka itu dibunuh secara politik.
Bukan sahaja DAP tapi parti2 seperti Amanah dan PKR pada satu tahap, dilabel sebagai pembawa fitnah dan sebahagian dihalalkan darahnya mereka. Inilah sikap pemimpin tertinggi PAS bila tidak tahan dengan bajakan pemikiran yang tidak seselera dengan mereka.
Sikap pemimpin PAS lagi pun memperlihatkan kesombongan yang ekstrim- seolah2 ilmu dan pengetahuan yang ada dalam dada sudah lengkap dan tidak memerlukan apa2 tambahan dan pencerahan dari pihak lain.
Ayat 88 surah AlBaqarah menceritakan sikap orang yang mengistiharkan apa yang ada dalam qalbu mereka sudah lengkap tidak memerlukan penambahan dari pihak lain. Allah melaknati orang yang bersikap angkuh seperti ini.
Prinsip keangkuhan seperti ini, tidak ada tempat dalam membentuk kesetiakawanan dalam politik. Kesombongan dan keangkuhan memisahkan kamu dari rakan2 lain.
# Lihat Al Baqarah ayat 87-88.

Ya! Hanya Dap parti yg boleh dipercayai..... Jom pakat2 masuk Dap. Bubarkan Amanah, PKR Dan parti bersatu
ReplyDeletesokong Anon 9.37
ReplyDeleteKalau memang hanya DAP saja yang boleh dipercayai maka tak perlulah Parti-parti lain.