Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, September 2, 2016

Celupar tak kira tempat, inilah jadinya!

Pemuda MCA Buat Laporan Polis Terhadap Ridhuan Tee
Diterbitkan: Jumaat, 2 September 2016 6:23 PM
Oleh: NATASHA JOIBI
editor@mstar.com.my
Leong Kim Soon (empat dr kiri). Foto:LOW LAY PHON/The Star

KUALA LUMPUR: Pemuda MCA telah membuat laporan polis terhadap kenyataan kontroversi yang dikeluarkan oleh ahli akademik Ridhuan Tee Abdullah yang mendakwa atlet Olimpik berbangsa Cina tidak patriotik dan hanya bersaing untuk kepentingan wang.

Setiausaha Agung Pemuda MCA, Datuk Leong Kim Soon dan beberapa ahli sayap yang lain membuat laporan itu Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada kira-kira pukul 3.15 petang Jumaat.

Leong berkata, laporan itu dibuat supaya polis dapat menyiasat kenyataan Ridhuan dan mengambil tindakan terhadapnya.

"Kami mahu beliau  memohon maaf di atas kenyataannya. Komen beliau adalah satu penghinaan. Kami tahu bahawa atlet kita cintakan negara dan tidak bersaing dalam sukan untuk kepentingan individu.

"Kita patut menyambut bulan kemerdekaan dengan penuh kasih sayang terhadap negara. Sebagai profesor, beliau perlu memberi sokongan dan kata-kata semangat kepada atlet kita.

"Jangan membawa unsur-unsur hasutan yang boleh menggugat keamanan dalam negara dan perpaduan antara kaum," katanya.

Leong berkata, laporan yang dibuat itu mengambil masa lebih kurang setengah jam.

Tee dikecam selepas menulis di kolumnya dalam akhbar berbahasa Melayu bahawa pemenang pingat Olimpik negara tidak patriotik dan hanya bertanding dalam sukan untuk ganjaran wang dan satu cara untuk meraih populariti.

Tee turut menulis bahawa atlet "ultra kiasu" lebih memilih untuk melibatkan diri dalam sukan individu berbanding berkumpulan yang memerlukan kerja berpasukan.

Pensyarah di Universiti Sultan Zainal Abidin itu turut menggesa agar lebih banyak kepelbagaian dalam atlet Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa