Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 5, 2016

Kesian: Ketaq lutut, ketaq dagu tanak ngaku!

Nak pandang rendah pada Datuk Husam silakan, kata Syam Ghaz
04 September 2016 | HAZAYANI ZAKARIA
Bekas exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa

Pas Kelantan menang dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kerana beberapa isu yang dibawa oleh bekas exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa, dakwa bekas Penyelidik Pusat Kajian Strategik Kelantan, Syam Ghaz.

Beliau berkata, isu utama yang dibawa Husam seperti naik taraf stadium, pembinaan lebuh raya dan tuntutan royalti petroleum berjaya menyedarkan rakyat Kelantan untuk terus memilih Pas ketika itu.

“Jika tidak kerana isu besar di atas, kemungkinan Pas Kelantan pun sudah tumbang seperti Pas Kedah.

“Lihat kepada kenyataan pesuruhjaya dan timbalan pesuruhjaya Pas Kelantan di Sinar Harian 31 Ogos, nampak jelas kerisauan itu timbul bila mereka sendiri yang gusar.

“Nak pandang rendah pada Datuk Husam silakanlah, yang pasti ambo (saya) dan pasukan ambo juga akan turun bantu musim ni,” katanya dalam satu kenyataan.

Pesuruhjaya Pas Kelantan Datuk Ahmad Yaakob yang juga menteri besar Kelantan sebelum ini berkata penyertaan Husam ke dalam Amanah tidak menjejaskan Pas di negeri itu.

Beliau berkata masih terlalu awal untuk menjangka kekuatan Amanah terutama di Kelantan selepas penyertaan Husam dalam parti itu pada 30 Ogos lalu.

Syam juga berkata, Pas masih memerintah Kelantan sehingga kini dengan undi popular tidak sampai 10 peratus sedangkan keahlian Amanah paling ramai di Malaysia adalah Kelantan.

“Pas memerintah Kelantan dengan 33 kerusi, 1 kerusi dari PKR. Kini Pas sudah hilang 1 Kerusi Dun apabila memecat Datuk Husam, tinggal 32. 

“Keputusan PRU13 lalu, 14 kerusi Dun yang dimenangi PAS adalah bawah 1,500 undi, bahasa mudahnya menang tipis, dan bermakna Pas betul-betul stabil di 18 Dun sahaja, tolak Dun Salor jadi 17,” katanya.

Menurut beliau, jika mensasarkan 30 Dun, 14 Dun akan goyah PAS dan 7 goyah BN.

“Itu sudah cukup untuk Amanah mentadbir Kerajaan Kelantan PRU14 nanti. Kerana 23 Kerusi Dun sudah cukup untuk memerintah majoriti 1 kerusi,” katanya lagi.

Husam yang juga Adun Salor mengumumkan menyertai Amanah dalam satu majlis makan malam ambang merdeka di cyberjaya, 30 Ogos lalu.

Beliau disambut meriah di kelantan dan mula merasmikan dua cawangan Amanah di Salor.

Sementera itu, ketua Pemuda Amanah Terengganu, Hasbie Muda pula menyifatkan Husam sebagai bekas ahli Parlimen yang sangat berkaliber.

Beliau berkata, Husam bukan sahaja ahli Parlimen yang melakukan kerja rumah bahkan kajiannya mendalam menyebabkan hujahnya sukar ditepis.

“Husam Musa hanya satu penggal berada di parlimen (Kubang Kerian) 1999 hingga 2004. Tetapi keupayaan beliau berhujah cukup berkesan dan menarik perhatian. 

“Tahun 2003, Malaysiakini memilih beliau sebagai 'newsmaker of the year. Pada tahun 2005, perwakilan PAS memilih beliau sebagai Naib Presiden dengan undi tertinggi.

“Peranan beliau sebagai Ahli Parlimen jauh lebih baik daripada beberapa ahli parlimen yang dipilih beberapa penggal,” katanya.

Selepas penyertaan Husam ke dalam Amanah, presiden parti itu, Mohamad Sabu berkata Amanah akan bermesyuarat termasuk berbincang dengan Husam menganai posisi beliau dalam parti itu selepas ini.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa