Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, September 30, 2016

Ku Li buat orang PAS bengang!

Ahli PAS tidak tertarik dengan hudud, dakwa Ku Li

  | September 29, 2016
Wakil rakyat Umno itu berkata ahli PAS mempersoalkan mengapa sekarang ini hukuman lebih keras untuk kesalahan syariah ditonjolkan.

PETALING JAYA: PAS kini dipandu pemimpin lemah yang tidak mempunyai arah tuju yang tetap, oleh sebab itu berlaku perpecahan dalam parti, kata Tengku Razaleigh Hamzah.
Dalam satu wawancara eksklusif Sinar Harian, veteran Umno itu juga mendakwa ahli PAS tidak tertarik dengan desakan parti Islam itu untuk meminda undang-undang syariah.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul peribadi untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), yang akan menyaksikan hukuman lebih keras untuk kesalahan tertentu.
“Perjuangan ini untuk tegakkan islah, bukan hendak tegakkan hukum. Kalau dahulu tidak dilakukan kenapa dibuat sekarang? Jadi ahli persoal itu juga.” katanya lapor Sinar Harian.
Sebelum ini Hadi menjelaskan PAS mendesak pembentangan rang undang-undang itu sejak 1995.
Tengku Razaleigh, yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata mungkin kerana itu ramai ideologis PAS menyertai Amanah.
Amanah ditubuhkan tahun lepas oleh kumpulan profesional dalam PAS.
Walaupun kepimpinan PAS kelihatan lemah, termasuk di Kelantan, Ahli Parlimen Gua Musang tidak banyak bercakap mengenai peluang Umno di Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.
“Saya sendiri pun tidak faham Umno Kelantan ini,” katanya tanpa mengulas lanjut.
Ini bukan kali pertama ahli politik Kelantan itu menyatakan keraguan terhadap PAS di negeri Pantai Timur Semenanjung.
Bekas Menteri Undang-Undang Datuk Zaid Ibrahim awal bulan ini berkata PAS “tidak berguna” kerana tidak dapat menyelesaikan isu dan hanya berminat menjual Islam.
Bekas Ahli Parlimen Kota Bharu itu berpandangan PAS di Kelantan akan tergugat dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

1 comment:

  1. Pas selepas TGNA jd makin lemah. Tlg muhasabahlah diri.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa