Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, September 20, 2016

Cakap besar dan ugut melindungi gundah gulana yang tersirat

*Tersiratnya Gundah Gulana Pas*

1. Presiden Pas sedar kekuatan dan upaya Amanah berbanding Pas terutamanya di Kelantan.

2. Ternyata Pas tersisih jika bersendirian serta makin hilang sokongan dan akan kehilangan banyak kerusi terutamanya Parlimen/DUN pinggir bandar yang jelas penolakan undi Cina kepada Pas.

3. PH perlu sedar sikap Pas yang jelas sukar untuk bekerjasama dan bertolak ansur dalam pakatan terutamanya dengan DAP.

4. Pas sudah terikat dengan BN terutamanya kerjasama Hadi-Najib sehingga sukar untuk menafikan kerjasama di antara keduanya.

5. Pertandingan sebenarnya ialah BN menentang PH bergandingan dengan PPBM. Manakala 3 penjuru bersama Pas sebagai serpihan akan menyaksikan menyaksikan Pas hilang wang pertaruhan.

6. Pas kini cuba menghancurkan Amanah dengan mengenakan syarat kepada PKR serta PPBM agar mengenepikan Amanah jika ingin berunding sedangkan Pas sebenarnya sudah terikat dengan Najib Razak.

_*Fikir-fikirkan sejenak..!!*_

~#UAA_SUPPORTERS
- Sun. Tzu

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa