Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, September 2, 2016

Sebabnya kami Melayu masuk DAP - Abdul Aziz Isa SUP Pemuda DAP Sarawak

Sep 1, 16 8:45am

Melayu masuk DAP mahu jadi pemimpin yang adil, bersihberkaliber dan berwawasan, manakala Melayu masuk Umno nak jadi kroni, tukang salak, tukang bodek, kata pemimpin DAP Sarawak.

Oleh Abdul Aziz Isa

Datuk Bung Moktar Radin sebenarnya risau kerana ramai orang Melayu mula menjauhi Umno dan mula mendekati DAP. Beliau risau kerana kepercayaan rakyat kepada Umno terutamanya di kalangan orang Melayu sendiri semakin terhakis.

Untuk pengetahuan Bung Moktar, tidak salah Melayu bercita-cita menjadi pemimpin, tetapi cita-cita tersebut diiringi dengan usaha dan tanggungjawab yang besar.

Sekurang-kurangnya Melayu yang masuk DAP mempunyai misi dan visi berbanding dengan Melayu yang masuk Umno. Melayu masuk DAP mahu jadi pemimpin yang adil, bersih, berkaliber dan berwawasan.

Melayu yang masuk Umno sebaliknya gila nak jadi kroni, tukang salak, tukang bodek, tukang kipas dan cari kantau. Mereka hanya mementingkan poket sendiri, kemewahan duniawi dan sibuk memperkayakan anak bini mereka. Mereka gagal memperbaiki sosio-ekonomi orang Melayu, gagal menyelamatkan sahsiah anak Melayu dan gagal mengangkat taraf hidup Melayu.

Yang miskin kebanyakkannya orang Melayu manakala yang maha kaya mengaut hasil kekayaan negara hanya segelintir spesis Melayu Umno yang tidak sedar diri, muka tebal dan lupa daratan.

Pemimpin Melayu dalam Umno berlagak ibarat bersultan di mata, beraja di hati. Mereka fikir perut mereka, anak menantu dan keluarga mereka manakala rakyat pula menderita hidup miskin papa kedana.

Kepada Bung Moktar, tidak malukah orang Melayu dari Sabah menyertai Umno sedangkan parti itulah yang membiarkan Sabah menjadi negeri termiskin di Malaysia biarpun kaya dengan hasil petroleum?

Umno jugalah yang membenarkan pendatang asing tanpa izin (Pati) membanjiri Sabah dan menjadi warganegara Malaysia melalui Projek IC. Umno jugalah yang menafikan hak dan kuasa autonomi Sabah dan Sarawak.

Bahkan, Umno jugalah yang sehingga sekarang gagal memajukan kawasan Parlimen Kinabatangan dan Kota Belud.

Seharusnya, Bung malu menjadi ahli Umno yang gagal membela nasib orang Melayu terutamanya belia Melayu.

Ternyata laungan “Hidup Melayu” dalam Umno hanya fatamorgana, retorik dan hikayat dongeng.

Sebab itulah Melayu seperti kami menyertai DAP kerana Umno telah terbukti gagal memperjuangkan nasib orang Melayu.

* Abdul Aziz Isa ialah setiausaha publisiti Pemuda DAP Petra Jaya, Sarawak.

1 comment:

  1. Berapa orang melayu jd pemimpin dlm dapigs..dlm board committee dapigs..habaq mai..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa