Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, September 7, 2016

Isu 1MDB: Gelagat PAS dan Harakah tak tau nak gelak ke nak apa?

HARAKAH PAS AMBIL MASA SEBULAN UNTUK ‘PECAH TEMBELANG’?
Selepas sebulan akhbar Amanah mengetengahkan laporan berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Pas mungkin baharu tergerak untuk menyatakan sikap terhadap tindakan saman sivil oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat pada 20 Julai lalu.

Melalui akhbar rasmi parti diterajui Abdul Hadi Awang itu, ungkapan “Pecah tembelang” menjadi tajuk muka depan Edisi Isnin, 5-8 September.

Menariknya, tajuk sama juga bagi isu sama telah terlebih dahulu menghiasi muka depan lidah rasmi Amanah pada keluaran 31 Julai-6 Ogos lalu.

Namun, berbeza dengan Harakah, tuntutan rampasan harta sebanyak AS$1 bilion (RM4 bilion) berkenaan di akhbar Amanah adalah dalam laporan penuh di halaman dua keluaran Bil. 10 itu.

Sebaliknya, Harakah Bil. 2178 tersebut sekadar menyertakan lima catatan termasuk masih bertanyakan, “Apakah betul duit 1MDB yang masuk ke akaun Perdana Menteri dan cerita daripada dermawan Arab dongeng semata-mata?”

Pas sebelum ini dilihat banyak pihak sebagai tidak ‘garang’ dalam menyerang Umno-BN ekoran skandal 1MDB yang turut berkait dengan jenayah pengubahan wang haram. – Portal Amanah Malaysia Dateline

KLIK BACA: NAJIB MO1 DAN DUIT 1MDB BIAYAI EMPAYAR HIBURAN – Datuk A Kadir Jasin

KLIK BACA: Hutang kerajaan naik dari RM250 bilion pada tahun 2010 kepada RM656 bilion – Datuk A Kadir Jasin

KLIK BACA: Najib guna ungkapan popular Anwar ‘Lawan Tetap Lawan’, adakah dia faham maksudnya?

DIKEMASKINI: Beza skandal 1MDB dan Watergate – Ku Seman Ku Hussain

- sumber

5 comments:

  1. Kalau tak tahu nak gelak ke apa ? Lebih baik bawa beristighfar atau bertaubat sbb tu tandanya ajal semakin ke penghujung! Aku nengok gambar admin dah Makin berkedut dan warna kulit makin pudar sebagaimana pudarnya baju yg bertukar dpd warna biru dah jadi warna kelabu cuma perasaan hasad dengki dan dendam serta fitnah je tak pudar2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muka kamu x berkedut ker? Blh kongsi rahsia awet muda anda?

      Delete
  2. Bukannya tak tahu..tapi..buat2 tak tahu. Konon tak mahu ambil kisah. Nak 4 saksi lah...kah4.
    Sebenarnya dlm diri Pas..Pis..Pus tu ada hati mau memikat umno. Ya laaa..politik màtang katakan. Takut bila sentuh 1MDB umno terguris pulak.
    Langsung tak sokong.
    Itu yg sebenarnya

    ReplyDelete
  3. Apo nak dkato Anon9:54..Kita pun -+ sama saja..Dia buat kejo dia kita buat kejo kita.Itu pun kalau kamu bkn.jenis mkn.dedak!..Semuga Allah SWT mberi kesihatan dan pertambahan ilmu kpd.tuan
    Admin...Allahu akhbar!!!

    ReplyDelete
  4. Su Jeng

    Tak apa....sipengomen ni dawi awal lagi kita dah boleh agak kecerdikannya.

    Kita cerita hal politik tongong, dia pulak sindir individu jadi serlahlah ketongongannya kan?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa