Saturday, October 15, 2016

Bil klinik RM32,800?

RAKYAT "DIMAMPUSKAN"
( bil klinik RM32,800)

SLOGAN "Rakyat diDahulukan" tidak relevan lagi kesan kos hidup mendadak naik, sedang harga getah, sawit harapan orang kampung jatuh menjunam hingga rakyat terkapai untuk mendapatkan makanan buat alas perut dan keperluan seharian serta belanja anak2 ke sekolah setiap hari.

Luang kerja di Sabah kurang dan pengangguran di Malaysia meningkat, lulusan universiti berlambak dan yang "drop out" di sekolah menengah dan politeknik terdampar tak berketentuan untuk mendapatkan kerja dan untuk keluar negeri siap imigresen tahan kesan pinjaman kala belajar belum diselesaikan.

Slogan Rakyat Didahulukan harusnya ditukar menjadi "rakyat dimampuskan". Memang bahasa ini agak kasar dan jahat tetapi kelihatannya itulah yang sesuai dan berpatutan berdasarkan keadaan yang pemimpin rasuahnya nombor wahid.

Apa tidaknya hospital sekarang ini banyak yang kekurangan ubat dan kelengkapan tidak cukup dan bukan itu saja bila ke sana orang ramai berbaris dan kelihatannya wajah2 asing yang tidak dikenali sebab bahasanya juga beda sama sekali. Siapa saja mereka itu?

Kalau datang pagi dan petangnya belum selesai dan kalau yang mengandung mahu beranak pasti bersalin lebih awal dan itu suasana yang saya perhatikan.

Kesan STRESS maka baik doktor atau jururawatnya selalu ada yang marah2 dan itu tidak boleh disalahkan sebab suasana tempat kerja menjadikan mereka tertekan dan mereka juga terkena penyakit stress atau sedang tengah datang bulannya. Memang menyakitkan.

Nah, cuba saja kita berhatikan bil klinik di Melaka itu kosnya mendekat RM33,000. Lalu bagaimana orang miskin mahu hidup jika demikian keadaannya?

Orang kaya kesan rasuah ada ratus juta dalam akaun peribadi dan wang juta2 disimpan di pejabat atau rumah sendiri makanya itu tiada masalah sebalik yang miskin untuk makan susah bagaimana nanti?

Kalau begitu terbaik disaran ORANG MISKIN DILARANG SAKIT dan sakit itu tidak perlu buat orang miskin dan harusnya barangkali kita menulis surat kepada Tuhan AyahPin agar menentukan orang miskin tidak usah sakit sebaliknya terus saja MATAI. Ini barangkali NGAM dan sesuai.

Memang di Malaysia ini keadaannya begitu slogan untuk menyenangkan rakyat hanya retorika semata dan enak didengar dan enak dilaungkan di TIVI tetapi hakikat sebenar memang GOBLOK dan menipu yang akhirnya rakyat menangis tidak berair mata.

ISMAILY BUNGSU
PKDSSA
15 Oktober, 2016
11:18am

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa