Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 21, 2016

Isu DoJ di Parlimen: Elak MP, menteri jadi saksi

Isu DoJ tidak dijawab di Parlimen elak MP, menteri jadi saksi - Pandikar
Oktober 20, 2016 22:46 MYT
Isu DoJ tidak dijawab di Parlimen elak MP, menteri jadi saksi - Pandikar
DoJ memfailkan saman sivil bagi mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana 1MDB yang didakwa diselewengkan, pada Julai lepas.
KUALA LUMPUR: Keputusan supaya menteri tidak menjawab soalan lisan, bertulis serta usul berkaitan tindakan sivil Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) di Dewan Rakyat, adalah bagi mengelak anggota Parlimen atau menteri dipanggil sebagai saksi.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika menjelaskan perkara itu berkata, tidak ada undang-undang yang menghalang individu di negara ini dipanggil menjadi saksi dalam perbicaraan kes di negara itu, termasuk jika dibahaskan di Parlimen.

Malah, beliau berkata pihak pembelaan dan pendakwaan di Amerika boleh menggunakan kenyataan daripada anggota Parlimen negara ini untuk mempengaruhi perbicaraan di negara tersebut.

"Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) dan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) memberi alasan istilah subjudis tidak terpakai kerana syarikat yang didakwa berdaftar di Amerika, serta perbicaraan juga dijalankan di negara itu.

"Jika itu alasan yang digunakan, iaitu keseluruhan perbicaraan berlaku dan membabitkan Amerika, kenapa ia mahu dibahaskan di Parlimen Malaysia," katanya dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen, hari ini.

Beliau berkata keputusan yang dilakukannya itu juga bukan untuk kepentingan pihak tertentu, sebaliknya berlandaskan tiga Peraturan Mesyuarat iaitu 21(1)(a), 23(1)(g) dan 36(2).

Pada persidangan Dewan Rakyat Isnin lepas, Pandikar Amin membuat keputusan itu dengan alasan ia bersifat subjudis, namun ia dipertikaikan oleh beberapa anggota Parlimen pembangkang.
DoJ memfailkan saman sivil bagi mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang didakwa diselewengkan, pada Julai lepas. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa