Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 21, 2016

Najib PM 'Penyeluk saku' rakyat?

Dengan Gst Ekonomi, Rakyat Runtuh: Najib Pm 'Pick Pocket'
Posted on Wednesday, October 19 @ 16:28:32 MYT by paktam
OLEH  DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR

1. Kenyataan PM Najib  ekonomi negara akan lumpuh tanpa GST suatu yang sangat lucu dan memalukan. Mencukai rakyat dengan GST untuk memajukan negara menunjukan Najib menjadi PM yang tak perlu pakai otak untuk fikir bagaimana menjana kewangan menambah pendapatan negara selain dari menjadi penyeluk saku (pick pocket) rakyat.

2.Kenyataan Najib tidak langsung bersifat 'pro rakyat'' tetapi sebaliknya bersifat 'peras rakyat'.Najib dan kerajaan cuba untuk menakutkan rakyatkan kononnya ekonomi negara akan lumpuh tanpa GST. Cukai GST bukan sekadar mekanisma untuk menghalang peniaga peniaga lari dari bayar cukai tetapi GST juga adalah cukai yang bertujuan untuk mengenakan cukai keatas setiap rakyat yang tak layak dicukaikan.

KERAJAAN UmnoBN DAH JADI KERAJAAN KONGSI GELAP

3.Kenyataan Najib sekadar untuk menghalalkan tindakan kerajaan mengenakan GST yang merupakan langkah memeras rakyat untuk menampung perbelanjaan negara.Tak ada idea yang tidak membebankan rakyat. Najib dan kerajaan UmnoBn dah jadi macam kumpulan kongsi gelap yang memeras rakyat dengan wang perlindungan (protection money).

"Kepada Najib dan rakyat ingin saya tegaskan ekonomi negara akan lumpuh dan runtuh dengan rasuah,penyelewengan,pembaziran,salah guna kuasa dan salah urus dari pemimpin negara yang tidak amanah dan tidak berintegriti".

4.Rakyat terpaksa menanggung beban GST untuk kebodohan dan kejahatan Najib UmnoBn memerintah negara.

Apa tidaknya kalau pembaziran pentadbiran negara yang bertujuan untuk merompak wang rakyat. Dah ada EPU di tubuhnya PEMANDU.Dah ada MARA dibuatnya TERAJU.Dah ada Syarikat Perumahan Negara (SPN) ditubuh pula PR1MA.Dah ada JPJ dibuatnya  SPAD Dah ada KHAZANAH ditubuhnya 1MDB untuk curi wang rakyat. "Siapa yang bayar gaji?..Rakyat yg bayar!".

Nilai harga keborosan,kebodohan,kezaliman,kerakusan dan kejahatan Najib bersama UmnoBn dalam menguruskan negara terpaksa ditanggung oleh rakyat.

"Mentadbir negara dengan dwi agensi merupakan satu pembaziran"

TANPA GST EKONOMI NEGARA LUMPUH,DENGAN GST EKONOMI RAKYAT RUNTUH: NAJIB PM 'PICK POCKET'.

 #GSTBebanRakyat
#MansuhGST
#GSTUntukKebodohanKejahatanPM
#SelamatkanRakyat
#SelamatkanMalaysia.

 DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
12.30pm Parlimen Malaysia
19 Okt 2016/18 Muharam 1438H

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa