Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 25, 2016

Wad ICU Hospital Sultanah Aminah terbakar dan Polis gesa jangan percaya maklumat tidak rasmi

WARTAWAN SINAR HARIAN - 25 OKTOBER 2016
Wad ICU Hospital Sultanah Aminah terbakar Kebakaran berlaku di wad unit rawatan rapi (ICU) yang berada di tingkat dua hospital.

JOHOR BAHRU - Suasana di Hospital Sultanah Aminah bertukar cemas selepas sebuah wad unit rawatan rapi (ICU) yang berada di tingkat dua hospital berkenaan terbakar dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi ini.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kakitangan hospital bergegas menyelamatkan pesakit dan meletakkan di tempat selamat.
Sehingga jam 10.45 pagi ini, pasukan bomba masih sedang memadamkan kebakaran, selain terdapat anggota membantu memecahkan cermin bagi memudahkan operasi memadam api.

‎Difahamkan ada mangsa yang terperangkap, namun jumlahnya masih belum dapat dipastikan

Polis gesa jangan percaya maklumat tidak rasmi
Usaha untuk menyelamat dan memulihkan‎ keadaan sedang dijalankan.

JOHOR BAHRU - Polis menggesa semua pihak tidak mempercayai sebarang maklumat yang tidak sahih dan diviralkan di laman sosial berhubung insiden kebarakan di di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan sehingga kini terdapat lima pesakit dari wad rawatan rapi (ICU) selatan tingkat 2, bangunan induk HSA maut akibat kebakaran.

"Kita sedang menjalankan usaha menyelamat, keadaan beransur pulih.

"Kita akan keluarkan asap tebal terlebih dahulu sebelum mendapat bilangan sebenar mangsa yang terlibat. Setakat ini lima mayat telah ditemui," katanya diperkarangan HSA, kira-kira jam 11.15 pagi.

Hospital swasta perlu beri kerjasama terima pesakit
SHAHIZATUL FARHA S ROSLI - 25 OKTOBER 2016
  
JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri Johor sedang menumpukan usaha menyediakan wad alternatif bagi memindahkan pesakit yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat menyeru hospital swasta memberi kerjasama dan membenarkan mangsa mendapatkan rawatan terutamanya bagi pesakit yang kritikal dan wanita bersalin.

“Kami menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis dan bomba bagi menyiasat punca kebakaran dan kita sedang mencari peluang untuk memindahkan mangsa yang sedang dirawat.

“Hospital Sultan Ismail pada ketika ini sesak dan dipenuhi pesakit, jadi saya berharap hospital swasta dapat membenarkan mangsa mendapatkan rawatan di hospital mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Ayub turut melahirkan simpati terhadap mangsa yang dilaporkan terkorban dalam kejadian kebakaran itu.

Kebakaran dilaporkan berlaku pada kira-kira jam 9 pagi di wad rawatan kecemasan (ICU) selatan, bangunan induk HSA hingga mengorbankan nyawa enam pesakit yang sedang menerima rawatan.

Ketika kejadian terdapat 294 pesakit sedang dirawat serta 193 kakitangan berada di bangunan berkenaan.

Mangsa yang maut termasuk empat pesakit wanita dan dua pesakit lelaki manakala seorang lagi pesakit berjaya diselamatkan namun dilaporkan melecur 80 peratus.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa