Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 27, 2016

Kerakusan membalak di Kelantan: Pusat arkeologi Gua Cha berusia lebih 10,000 tahun terancam

Balak di Kelantan: Pusat arkeologi berusia lebih 10,000 tahun terancam
26 Oktober 2016 | ARIF ATAN
Papan peringatan di jalan masuk Gua Cha yang terbiar bukti kerajaan negeri Kelantan abaikan tapak arkeologi bersejarah.
Bahagian dalam Gua Cha
 
Siapakah pemilik syarikat yang menjalankan aktiviti perladangan hutan betul-betul berhampiran pinggir Sungai Nengiri di Gua Musang sehingga dibimbangi mengancam pusat arkeologi Gua Cha yang berusia lebih 10,000 tahun itu?

Itu antara persoalan Pengerusi Jawatankuasa Penaja Royalti Malaysia, Syam Ghaz apabila tinjauan melalui pesawat tanpa pemandu (UAV) atau dron baru-baru ini mendapati sungai tersebut terjejas teruk dengan zon penampan (buffer zone) 40 meter dari gigi sungai seolah-olah telah diceroboh.

“Kami terkejut dengan gambar yang diambil mengunakan teknologi dron dari udara apabila melihat air sungai berhadapan Gua Cha memang didapati keruh pekat macam teh tarik.

“Aktiviti pembalakan dan perladangan hutan di hulu Sungai Nenggiri ini dibimbangi menjejaskan kualiti sungai dan lokasi ini sebagai tarikan pelancongan di Kelantan.

“Kami risau aktiviti pembalakan dan perladangan hutan akan meranapkan lokasi bersejarah ini,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri sewajarnya menghalang mana-mana syarikat atau agensi melakukan aktiviti pembalakan dan perladangan hutan berhampiran pusat arkeologi bersejarah yang terletak di tebing kiri Sungai Nenggiri di Hulu Kelantan iaitu 16 kilometer ke hilir Kampung Kuala Betis.

“Kerajaan negeri melalui Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Perhutanan perlu memantau dan mengambil tindakan di atas aktiviti perladangan yang betul-betul masuk dalam kawasan zon penampan yang ditetapkan.

“Destinasi tersebut juga sepatutnya dijadikan tarikan pelancongan bersejarah di negeri Kelantan dengan suntikan dana khas bagi mengekalkan keaslian Gua Cha dan kawasan sekitarnya sebagai tempat bersejarah,” jelasnya.
Sungai Nenggiri di Gua Musang seperti teh tarik akibat pembalakan berleluasa.

Mengulas lanjut, Syam berpendapaqt aktiviti pembalakan sepatutnya mengamalkan sistem tebangan terpilih manakala perladangan hutan secara tebang habis untuk tanaman getah klon balak, sawit, dan pokok-pokok hutan dihentikan di hulu Sungai Nenggiri bagi mengelakkan penghasilan lumpur yang menjejaskan kualiti air sungai.

Tinjauan Malaysia Dateline bersama Royalti Malaysia dan beberapa media lain, 10 Oktober lalu mendapati kawasan sekitar Gua Cha yang dikatakan mulai ditemui penyelidik Barat, H.D. Noone pada 1936 dalam keadaan terbiar.

Hanya satu papan peringatan yang dijalari tumbuhan liar meminta pengunjung menjaga kebersihan dan mencintai sungai.

Siasatan menerusi program ‘Rain Forest Camp’ yang turut disertai NGO dan aktivis alam sekitar itu bagi meninjau kesan aktiviti pembalakan berskala besar dan perladangan hutan yang menjejaskan kehidupan masyarakat Orang Asli di kawasan terbabit.

Sejak akhir September lalu, ratusan Orang Asli daripada suku Temiar di kawasan itu terpaksa mengadakan 'blockade' bagi memastikan hutan simpan kekal tempat mereka mencari sumber rezeki antaranya sekitar Pos Tohoi, Pos Simpor, Pos Gob dan Kampung Bring tidak terus diceroboh pembalak.
Dari Gua Cha dapat dilihat ke.musnahan hutan yang dilihat turut menceroboh zon penampan.

* Zon Penampan 'ale utoh' dia kalau dah jadi macam ni
Aku pernah singgah di Gua Cha semasa aktiviti berakit/tubing menghilr Sungai Nenggiri satu masa dulu. Ketika itu tidak ada pencemaran dan kemusnahan.
Pucuk Paku yang tumbuh di pintu gua ini cukup subur dan aku kutip untuk ulam dan sayur di perjalanan......

2 comments:

  1. Kerajaan Islam ala PAS tak cakna alam...mengarut...buaya..

    ReplyDelete
  2. Islam bukan PAS dan pAS adalah parti kepala bana memainkan islam

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa