Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 24, 2016

Lagi bangang bertingkat-tingkat.......parti Islam ke apa ni?

Amanah cuba dihalang beri bantuan kepada mangsa air pasang besar
24 Oktober 2016 | BORHAN AHMAD
Hasanudin menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir akibat air pasang besar di Selangor.

Usaha Parti Amanah Negara (Amanah) untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Dewan Ahmad Razali, Jalan Sirat, Klang dan Dewan Tok Muda, Sementa semalam cuba dihalang oleh petugas sebuah parti politik yang menjadi sukarelawan di situ sehingga berlaku ketegangan.

Ia berlaku apabila Biro Kebajikan, Kemanusian dan Bencana Alam Amanah bersama Skuad Peduli dan Arif cuba untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa air pasang besar itu di sekat oleh satu unit di bawah parti itu atas nama ketua kampung yang menjadi ketua operasi di situ.

Namun selepas campur tangan Naib Presiden Amanah, Hasanuddin Mohd Yunus, ketua kampong bersetuju untuk membenarkan mereka masuk dengan syarat semua pakaian yang mempunyai logo Amanah perlu ditanggalkan.

"Kita sedia memberi kerjasama dengan semua pihak, cuma barangkali yang melayan kami adalah mereka yang ber T-shirt tanpa logo tapi berjenama produk dari parti lain, menyebabkan suasana agak tegang sedikit," kata Hasanudin.

Namun menurutnya, mereka berjaya menyampaikan bantuan dalam bentuk air kotak dan biskut yang dimasukkan dalam bag plastik Amanah dapat diedarkan kepada mangsa satu persatu.

Menurutnya, sambil bersalaman ramai mangsa yang mengeluh kerana mereka yang bersarung uniform tertentu itu cuba menghalang mereka masuk.

Beratus-ratus mangsa air pasang besar terpaksa dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan di daerah ini.

Tahun lepas, Pas disekat dari mendirikan khemah-khemah dalam dewan bagi memberikan keselesaan kepada mangsa perpindahan itu namun pada tahun ini mereka pula yang menyekat pihak lain memberikan bantuan kepada mangsa.

3 comments:

  1. Bukan apa tu Makam tinggi, bertingkat2.....ha ha ha itu lah melayu islang.

    ReplyDelete
  2. menda nak jadi la gamaknya...semuanya bangang..

    ReplyDelete
  3. Pas..Pis..Pus..
    Mabuk air Ketum ka??

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa