Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 26, 2016

Tengah nazak dan ditolak di sana sini pun, masih nak sombong lagi?

Wednesday, 26 October 2016
SOMBONGNYA "BAKAL PM" NI!!
Agaknya pemimpin-pemimpin UMNO sekarang tidak boleh ditegur sama-sekali, baik oleh orang luar mahupun pemimpin dalam parti itu sendiri.

Kalau teguran pemimpin veteran seperti Tengku Razaleigh yang banyak berjasa dan pengalaman pun, ada pemimpin UMNO yang kononnya merupakan "calon bakal Perdana Menteri di masa depan" mengatakan, "jangan dilayan teguran itu", siapa lagi yang boleh memberi pandangan?

Ketika melancarkan sebuah buku Isnin lalu, Tengku Razaleigh antara lain berkata, UMNO perlu melakukan perubahan dalam strategi politiknya kerana ramai yang berpendapat parti itu ketika ini banyak menghampakan rakyat serta tidak lagi bertindak untuk kepentingan negara.

Beliau kemudian menggariskan 10 perkara yang perlu dilakukan oleh UMNO jika ingin terus relevan dan kekal berkuasa.
Apa yang salahnya dengan teguran Ku Li itu? 

Apakah sebagai pemimpin lama, beliau tidak boleh memberi teguran sama sekali?

Dah UMNO tengah nazak dan ditolak di sana sini pun,  masih nak sombong lagi? (SH 26/10/2016).

1 comment:

  1. org nk mati..bagi yg tak beriman..memang macam tu..terasa kuat bertenaga.muda.hebat..semua terasa betul..buang tebiat a katakan..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa