Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, October 23, 2016

Sayangnya PAS pada Najib: Terkena canuai apa agaknya?

APA YANG PAS SAYANG SANGAT DENGAN NAJIB?
oleh Shahbudin Husin

Jika dulu ramai yang mengatakan Allahyarham Dr Harun Din adalah halangan utama untuk mengajak Pas bekerjasama sesama parti-parti pembangkang bagi menentang UMNO dan BN, tetapi Mursyidul Amnya yang baru, Hashim Jasin ini nampaknya lebih terserlah lagi miripnya kepada Najib Razak.

Sebagaimana dilaporkan oleh sebuah portal atas talian Free Malaysia Today, Hashim dengan tegas menolak sebarang bentuk kerjasama dengan pihak yang mahu menukar kerajaan pimpinan Najib dan bertujuan menggantikannya dengan perdana menteri yang baharu.

Katanya, Pas sebelum ini sudah membuat pebagai bentuk kerjasama bagi menukar kerajaan, namun terbukti ia tidak memberi hasil.

“Kamu ajak kami berpadu, nak tukar kerajaan, nak ganti PM. Saya nak kata, kami tak boleh terima. Dulu kami dah cuba macam-macam, masuk dalam BN, kemudian berpakat dengan pembangkang, semua tak jadi.

“Pas tak boleh dah bagi orang lain duduk depan, orang dok pimpin kita, kita kena jadi pemimpin, Pas kena jadi pemimpin,” katanya lagi.

Ada banyak persoalan daripada kenyataan Hashim itu tapi semuanya tersimpul dan berbelit-belit. Sepatutnya sebagai Mursyidul Am Pas, beliau harus bercakap dengan lurus dan terang supaya orang lain mudah faham maksud kata-katanya.

Pertama, daripada kenyataan itu, beliau mengatakan Pas tak mahu bekerjasama dengan parti-parti lain yang bertujuan untuk menjatuhkan Najib dan tidak mahu kepada penggantian perdana menteri yang baharu.

Apa yang Pas sayang sangat dengan Najib? Apakah Pas masih tidak sedar skandal kewangan yang melibatkan Najib sekarang begitu memalukan dan mencalar imej negara?

Apakah Pas merasakan skandal kewangan Najib bukan suatu dosa sehingga mahu beliau dikekalkan lagi memimpin negara ini?

Menolak penggantikan perdana menteri, secara tidak langsung bermakna Pas mahu Najib yang bukan saja terbabit dengan skandal kewangan, malah keluarganya didakwa terlibat dengan pembaziran dan kemewahan melampau, terus dikekalkan memimpin negara ini.

Masya Allah, apa sudah jadi dengan Pas sekarang ini? Sudah tidak kenalkah beza antara hitam dengan putih?

Ketiga, kata beliau, Pas dah cuba macam-macam, masuk BN dan bekerjasama dengan pembangkang, tapi semuanya tak berhasil.

Untuk makluman Hashim, ketika Pas masuk BN dulu, mereka bukan mahu menjatuhkan kerajaan dan Perdana Menteri, sebaliknya kerana ingin menjadi sebahagian daripada kerajaan.

Usaha menukar kerajaan dan menjatuhkan Perdana Menteri ialah apabila Pas bekerjasama dengan parti-parti pembangkang lain.

Soalnya, kenapa hanya dengan dua tiga kali gagal menjatuhkan BN, Pas sudah berputus asa? Apakah Islam mengajar umatnya mudah kecewa dan bersikap lara?

Keempat, Hashim juga mengatakan Pas kali ini ingin ke depan dan menjadi pemimpin. Tidak mahu lagi duduk di belakang.

Macam mana Pas mahu ke depan dan jadi ketua dalam memimpin negara jika bersendirian dan hanya bersama Ikatan yang ahlinya mungkin ada beberapa ratus orang saja?

UMNO sendiri tidak mungkin jadi kerajaan jika bersendirian kerana Malaysia adalah negara majmuk dan berbilang kaum. Kuasa mesti dikongsi dan diperolehi secara berpakat-pakat.

Di Kelantan dah Terengganu, bolehlah Pas bergerak sendirian. Tetapi adakah kemenangan di Selangor, Perak, Johor dan lain-lain negeri diperolehi Pas tanpa bantuan pihak lain?

Senang cakap, daripada kenyataan Hashim yang berbelit-belit itu, ia sebenarnya hanya menyerlahkan satu perkara iaitu Pas lebih ingin membantu Najib terus kekal sebagai Perdana Menteri daripada menjatuhkannya.

Pas tanpa berselindung menunjukkan keinginannya hanya untuk menyelamatkan kedudukan Najib daripada bersama-sama menyelamatkan negara ini.

Tetapi, kenapa takut untuk mengumumkannya secara terbuka dan terang-terangan atau isytiharkan saja Pas masuk BN?

Apa yang Pas dapat daripada sikapnya seperti sekarang? – Sumber Shahbudin Husin | Foto The Ant Daily

KLIK VIDEO: Najib nasihatkan rakyat kurangkan belanja, makan ‘nasi lemak anak dara’

KLIK BACA: Haniff Khatri: Pandikar bimbang DOJ panggil menteri

Hohoo......ini pula berita terbaru:

TIGA AHLI PARLIMEN PAS UNDI TOLAK BAJET AKAN DIPANGGIL
Tiga anggota parlimen PAS yang melanggar arahan parti dengan mengundi menolak Belanjawan 2016 akan dipanggil memberikan penjelasan awal.
Bagaimanapun, kata setiausaha agungnya Datuk Takiyuddin Hassan ( gambar ), tiada tindakan akan dikenakan pada mereka kerana ia hanya perkara kecil.
Bercakap di lobi parlimen, beliau berkata PAS melibat Belanjawan 2016 yang dibentangkan baru-baru ini sebahagiannya tidak islamik.
Tiga anggota parlimen PAS itu ialah Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena), Nik Mazian Nik Mohamad (Pasir Puteh) dan Ahmad Baihaki Atiqullah (Kubang Kerian).
PAS mengambil pendirian berkecuali semasa pengundian bacaan pertama itu diadakan di Dewan Rakyat semalam. – Malaysiakini




 - sumber

2 comments:

  1. PAS nak jadi pemimpun...biar brtul...bagi Kedah sepenggal, bagi Terengganu sepenggal sedangkn mbnya ketua ulamak sedonia.., bagi kelantan mundor tak abih2,hutan gunung sungai abih ranap..kena. beza jubah dan kepimpinan...

    ReplyDelete
  2. Politik tunggang-langgang dan tak ketahuan lebai2 Pas ni membuatkan rakyat muak dan benci. Mereka ni lah yg tak professional. Tak da pendirian. Kejap kata tak penting nak ambil puterajaya...kejap nak jadi penasihat Umno (tanpa sedari yg Umno hanyalah satu komponen dpd BN yg dianggotai oleh MCA..MIC..dan lain2)..sekejap kata nak lawan Umno. Nak berkawan hanya dgn PKR. Tak fikirkah PKR ada dlm PH?
    Pas ni nak makan kiri-kanan. Ini bukan politik matang..ini politik bangang. Tak pernah ada dlm dunia politik yg tak ketahuan mcm ni. Ini politik nyanyok.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa