Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 28, 2016

Tegur bekas Menteri: Speaker kabur dengan peraturan mesyuarat?

Tindakan Speaker tegur bekas menteri tidak wajar
WARTAWAN SINAR HARIAN - 28 OKTOBER 2016
Pandikar Amin Mulia Pandikar Amin Mulia - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDDIN ABDUL RAHIM

SHAH ALAM - Tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegur sikap ketidakbertanggungjawaban beberapa bekas menteri yang juga merupakan ahli parlimen kerana didakwa mendedahkan maklumat kerajaan, adalah tidak wajar.

Peguam Syahredzan Johan berkata, ucapan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di dalam Dewan Rakyat sebelum ini adalah merupakan persoalan yang diutarakan dan bukannya merupakan pendedahan maklumat kerajaan.

“Pada saya, tak ada apa-apa peraturan Parlimen yang dilanggar dengan persoalan diutarakan oleh mereka dan tak sepatutnya Speaker membuat teguran sebegitu.

“Apa yang diutarakan oleh Husni sebelum ini adalah persoalan sebagai seorang ahli parlimen dan ia memang sepatutnya ditanya di Parlimen.

“Persoalan diajukan itu adalah releven dan bukannya melanggar mana-mana peraturan Parlimen,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Pandikar menegur sikap sebilangan bekas ahli menteri yang juga merupakan ahli parlimen kerana didakwa mendedahkan maklumat kerajaan termasuk melanggar sumpah kerahsiaan.

Pandikar berkata, sebagai Yang diPertua Dewan Rakyat, beliau hanya boleh mengingatkan tindakan itu dan sekiranya terbukti, pihak berkenaan boleh disiasat di bawah Akta Hasutan dan Peraturan Mesyuarat 36 (12).

Dalam pada itu, Syaredzan memaklumkan bahawa Peraturan Mesyuarat 36 (12) memperuntukkan mana-mana ahli parlimen yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan Dewan Rakyat adalah disifatkan menghina Majlis dan pihak berkenaan boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu.

“Jadi kalau betul kenyataan tersebut mengelirukan Dewan Rakyat, pihak kerajaan boleh membentangkan usul untuk rujuk mereka ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

“Saya tak nampak bagaimana ia boleh melanggar Akta Hasutan mahupun Peraturan Mesyuarat 36 (12),” katanya.

Beliau berkata, peranan Speaker Dewan Rakyat adalah berkenaan tatacara Parlimen itu diikuti sama ada peraturan dalam Parlimen itu dipatuhi mahupun tidak.

Sebelum ini, Muhyiddin dalam ucapannya menegaskan, Kabinet tidak berunding mengenai pembentukan 1MDB dan merahsiakan kedudukan kewangannya sehingga skandal itu meletus.

Selain itu, Husni dan Mohd Shafie turut melontarkan pelbagai persoalan mengenai 1MDB ketika berucap di Dewan sebelum ini.

2 comments:

  1. Pendekar ni tahu ke peraturan Parlimen. Sebab laximnya Najib suka lantik yg tak reti..

    ReplyDelete
  2. walau tak berapa nk tau..tp kuaaa di tangan nya..kuasa anugerah pemimpin yg di pilih rakyat.bukan mejoriti pun...
    nak tak nak...semua kena terima hakikat..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa