Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 28, 2016

Zaharin Yassin dan Husni Hanadzlah akan mengaturkan satu program mendesak Najib melepaskan jawatan Presiden Umno

Nak pertahan Umno atau Najib, tanya Zaharin
 | DALIA ISMAIL
Zaharin Mohd YassinZaharin Mohd YassinTimbalan Pengarah War Room BN Bandar Tun Razak Zaharin Mohd Yassin dijangka akan mengaturkan satu program bersama  Ahli Parlimen Tambun Datuk Ahmad Husni Hanadzlah untuk mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak melepaskan jawatan Presiden Umno.
Program itu nanti difahamkan turut akan dihadiri beberapa lagi pemimpin dan ahli di peringkat negeri.
Hari ini di facebook beliau memuat naik status yang menyebut: "Saya dan Ahmad Husni dan berapa orang lagi akan bergabung dalam satu program pertahankan Umno dan Najib Razak perlu berhenti Presiden Umno.
"Masa, tempat dan tarikh akan ditentukan. Bayaran masuk akan dikenakan bagi mengelakkan dikatakan ditaja program itu. Booking tempat dimulakan sekarang. Sila viral."
Zaharin atau lebih dikenali sebagai Sang Kalembai terkenal sebagai penulis blog dan 'cyber trooper' Umno yang gemar menghentam dari dalam dengan kenyataan kontroversi terhadap kepimpinan dan partinya.
Antara pemimpin yang menjadi bahan kontroversinya adalah bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi dengan mengelarkan pemerintahan Pak Lah sebagai 'kerajaan anak beranak'. Begitu juga ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu menjawat Timbalan Perdana Menteri, Zaharin berkali-kali telah cuba melaga-lagakan di antara Najib dan Muhyiddin.
Beliau dipecat sebagai Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak kerana menghina Umno pada 2016.
Hari ini status dimuat naik itu mendapat respon netizen antaranya Azli Mohamad berkata:"Jangan sandiwara Datuk...alang-alang seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan...jangan hangat-hangat tahi ayam...bila kena panggil dengan MO1 tunduk layu," ujarnya.
Zaharin menjawab:" ye ker... saya hanya jumpa Datuk Seri Zahid Hamidi sahaja tak ada apa-apa syarat pun," balasnya.
Ketika dihubungi Malaysia Dateline, Zaharin berkata dua jam selepas statusnya dimuat naik beliau telah dipanggil oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ekoran  status di facebooknya itu.
"Saya baru selesai bincang dengan Ku Nan tujuan saya dan Ahmad Husni nak buat program ini, kita kena betulkan keadaan," ujarnya ringkas enggan mengulas butir percakapan pertemuan itu.

Katanya lagi, matlamatnya mengadakan program itu untuk mengumpulkan ahli Umno yang benar-benar berjuang untuk mempertahankan parti yang berusia 70 tahun itu.
Zaharin berpandangan sudah tiba masanya ahli Umno perlu berpendirian bahawa mempertahankan parti lebih diutamakan daripada seorang pemimpin parti.
"Kita nak buat program terbuka di kalangan pemimpin dan ahli Umno mereka bebas nak kata apa saja.
"Sama ada mereka nak sokong parti atau sokong Najib atau menolak Najib.
"Dari situ kita akan dapat melihat sejauh mana ahli-ahli Umno ini mahu mempertahankan parti berbanding seorang pemimpin atau sebaliknya.
"Kebanyakan  ahli  Umno berfikiran  kononnya dengan  mempertahankan  seorang pemimpin, boleh mempertahankan parti tetapi pemikiran begitu  tidak benar.
"Kita perlu mendahului parti berbanding seorang pemimpin," ujarnya.
Zaharin enggan mengulas panjang berkaitan dengan lokasi, masa dan matlamat sebenar program itu diadakan yang pastinya  Zaharin sekali lagi akan mencetuskan kontroversi.
Sebaliknya beliau enggan mengiyakan kontroversi yang mungkin terjadi dalam program tersebut sebaliknya berkata, mana-mana ahli Umno yang masih tidak berpuashati dengan pemimpin dan parti boleh menghadiri program yang akan diadakan itu.
"Inilah peluang mereka. Lagi ramai pemimpin dan ahli Umno yang hadir lagi bagus, mendengar sendiri pendedahan panel yang akan dijemput itu nanti mereka (ahli Umno) sendiri akan boleh memberikan kata sepakat sama ada untuk pertahankan Umno atau pertahankan Najib," ujarnya.
Dalam perkembangan sama  pada  sidang dewan rakyat Ahmad Husni (MP Tambun) dan Muhyiddin (MP Pagoh) turut membangkitkan isu berkaitan 1MDB dan MO1 walaupun speaker dewan rakyat telah menetapkan di bawah peraturan dewan, semua ahli yang berhormat dilarang daripada bercakap soal 1MDB, RM2.6bilion dan MO1.
Bagaimanapun peraturan itu tidak diikuti Ahmad Husni dan Muhyiddin yang menimbulkan reaksi balas daripada Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa.
Annuar berkata sebahagian daripada persoalan yang dibangkitkan Ahmad Husni telah pun dijawabnya sendiri ketika Ahmad Husni menjadi Menteri Kewangan Kedua.
Malah Annuar juga berkata Muhyiddin sebagai seorang yang tiada prinsip bertanggungjawab kerana ujarnya, hujahan bekas timbalan perdana menteri itu berhubung isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bertentangan dengan kenyataan Muhyiddin semasa masih berada dalam Kabinet.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa