Jika BERSIH berhenti, begitu juga ‘baju merah’ - Nur Jazlan
Zikri Kamarulzaman Hari ini, 24.Okt.16 - 4:54 petang
BERSIH perlu berhenti daripada berhimpun kerana ia tidak lagi mendapat sokongan orang ramai, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Katanya, tindakan itu juga akan memberi kesan kepada gerakan ‘baju merah’ untuk melakukan perkara yang sama.
"Himpunan BERSIH tidak mendapat sambutan seperti sebelum ini. Saya rasa rakyat tidak lagi berminat.
"Jika BERSIH gagal meraih tarikan di kalangan rakyat, maka ia perlu berhenti.
"Jika ia berhenti, baju merah (akan) berhenti. Bila baju merah berhenti, tidak (akan) ada lagi masalah," kata Jazlan kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
BERSIH menganjurkan beberapa siri konvoi di seluruh negara untuk mendapatkan sokongan menjelang perhimpunannya pada 19 November ini.
Di Selangor, konvoi BERSIH yang diterajui oleh seorang pemimpin bahagian Umno berdepan dengan masalah tetapi di negeri-negeri lain, mereka tidak menghadapi banyak halangan apabila menerangkan kepada rakyat tujuan perhimpunan itu diadakan.
Malam tadi, satu ceramah di Pulau Pinang dihadiri oleh lebih 100 orang.
Siri jelajan BERSIH sering-kali bertembung dengan bantahan daripada gerakan ‘baju merah’ yang didakwa bertindak ganas beberapa kali.
Ini termasuk serangan fizikal ke atas seorang penyokong BERSIH di Sabak Bernam, dan kekerasan digunakan terhadap wartawan di Kuala Selangor.
Walau bagaimanapun, pemimpin ‘baju merah’ Datuk Seri Jamal Md Yunos mendakwa keganasan itu didalangi oleh penyokong BERSIH yang menyamar sebagai ahlinya.

Weiii Nur Jazlan
ReplyDeletePatut hang bg nasihat kat budak2 samseng baju merah...kalau teringin nak buat perhimpunan..buat la...jgn kacau majlis orang. TAK MALU ka.
Ini tak...pi kacau dan buat kecoh kat majlis orang. Memalukaan
Umat Melayu No Otak
ReplyDelete