Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 27, 2016

Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dan Hashim Jasin.

Aku percaya, kedua2nya ingat kematian, hidup ini ujian ke akhirat. Segala perkataan dan perbuatan, akan dipikul di akhirat!

Husni, seorang berilmu perbankan. Kerana itu dia dilantik Menteri Kewangan II. Melalui ILMUNYA, beliau mengenal Allah swt. Meskipun berjawatan sangat tinggi dlm dunia politik-kapitalis, Bendahari Umno Pusat, Menteri Kewangan II, Ketua Umno Bhg Tambun, beliau sanggup MELEPASKAN segala puncak duniawi, kerana tidak sanggup mengkhianati amanah Rakyat, dlm isu 1MDB.

Bagi aku, DIA SANGAT LUARBIASA.

Hashim Jasin, seorang berilmu AGAMA yg cukup tinggi. Berpangkat Tok Guru. Melalui ILMUNYA, beliau mengenal Allah swt.

Beliau bukan ahli ilmu perbankan, ekonomi, akautan dan audit. Beliau tidak nampak apa yg Husni nampak. Beliau mungkin tidak nampak atau boleh bayangkan ratusan ribu juta, puluhan billion ringgit boleh berlaku "transaksi di hujung jari". Kerana beliau tidak nampak, maka beliau berpendapat, Najib & 1MDB itu samar2, teraba-raba.

SEBENARNYA, jika Ulama' mahu berlaku ADIL, boleh sahaja mereka percaya kpd Husni Hanadzlah. Jika samar2, teraba2, jika mahu berlaku ADIL, datanglah berbicara dgn Husni. Kerana Husni yg berilmu perbankan yg memegang jawatan Menteri itu, nampak dengan "mata kepala" nya sendiri, bukan dikutip dari longkang!

Dalam Bab Najib-1MDB, aku yakin, majoriti menerima pandangan Husni Hanadzlah berbanding Hashim Jasin, walaupun Husni hanya 'berpangkat Haji', berbanding Hashim 'berpangkat Tok Guru'.

ULAMA' WAJIB berlaku ADIL.

Jika tidak berlaku ADIL, ia boleh mencemarkan institusi Ulama'.

LEBIH BURUK, kerana Ulama' membawa Islam, dikhuatiri secara tidak langsung ia menjadi 'Fitnah' kepada Islam.

*Langitbiru*

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa