Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 25, 2016

Polis serbu pejabat SIS: Ini isu sebenarnya.......

Polis tangkap seorang kakitangan pejabat Sisters In Islam

  | October 24, 2016
Pengasas SIS Datin Marina Mahathir mengesahkan ia tiada kena mengena dengan badan bukan kerajaan itu, dan pihaknya akan beri kerjasama
VIDEO INSIDE
PETALING JAYA: Polis hari ini menahan seorang kakitangan Sisters In Islam (SIS) berhubung satu kes pecah amanah.
Pengasas SIS Datin Paduka Marina Mahathir mengesahkan kunjungan pihak berkuasa itu tidak ada kena mengena dengan badan bukan kerajaan itu.
“Kita semua sedikit terkejut dengan serbuan ini, tetapi apa kami pastikan ia tiada kaitan dengan SIS.
“Polis sebenarnya mencari seseorang yang sedang bekerja di sini atas sesuatu kes di tempat kerja lama dia.
“Kami semua akan bekerjasama,” kata Marina.
Kunjungan jam 5.00 petang itu pada awalnya kecoh apabila Marina memaklumkan di media sosial polis melakukan serbuan.
SIS pada awalnya tidak bersedia untuk membenarkan polis masuk kerana tidak tahu tujuan sebenar pihak berkuasa.
Pengarah Eksekutif SIS Rozana Isa menjelaskan pihaknya mengambil langkah berwaspada apabila tidak membenarkan polis masuk sehingga beliau sampai.
“Namun setelah bercakap dengan seorang pegawai polis yang berpakaian biasa itu mengenai tujuan mereka, kita benarkan mereka melakukan tugas.”
Rozana menjelaskan kunjungan pihak berkuasa bukan serbuan ke atas SIS. Polis dibenarkan masuk pada jam 5.40 petang.
“Mereka secara spesifik meminta untuk bercakap dengan seorang kakitangan yang bekerja di sini. Kita beri kerjasama,” katanya.
Beliau mengesahkan individu yang dicari sudah dibawa polis untuk siasatan lanjut. Individu itu ditahan pada jam 5.45 petang.
Dalam pada itu, Ketua Polis Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah mengesahkan penahanan seorang wanita atas kesalahan pecah amanah.
Wanita berusia 32 tahun itu telah disiasat di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan.
“Pengadu lelaki India berumur 36 tahun kerja sebagai pengarah bagi syarikat Geospatial Media and Communications Sdn Bhd membuat laporan terhadap bekas pekerja yang telah memindahkan daripada akaun syarikat Paypal ke akaun peribadi Maybank dan CIMB.
“Pengadu menyatakan kejadian itu berlaku daripada sekitar November 2013 hingga Jun 2015 yang mana tempoh itu pekerja diamanahkan dalam Jabatan Kewangan dan Pentadbiran dan bertanggungjawab menguruskan transaksi kewangan dan bayaran syarikat.
“Dalam kejadian itu, pihak pengadu telah mengalami kerugian sejumlah RM207,563.24,” katanya.
Zainol berkata wanita itu di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi tindakan selanjutnya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa