Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 26, 2016

Hishammuddin kata tidak perlu layan Tengku Razaleigh: Ku Li dah nyanyukkah?

Tidak perlu layan Tengku Razaleigh - Hishammuddin
Astro Awani |  Oktober 25, 2016 23:34 MYT
Tidak perlu layan Tengku Razaleigh - Hishammuddin
Hishammuddin berkata UMNO dan Barisan Nasional akan terus memberi tumpuan dalam membantu rakyat di negara ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: UMNO tidak perlu melayan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh yang menyifatkan parti itu telah menghampakan rakyat.

Sebaliknya menurut Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, UMNO dan Barisan Nasional akan terus memberi tumpuan dalam membantu rakyat di negara ini.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata bukti sokongan rakyat dapat diterjemahkan daripada keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 dan dua pilihan raya kecil di Sungai Besar serta Kuala Kangsar yang memihak kepada UMNO dan Barisan Nasional.
“Pastikan mereka dapat buktikan hujah mereka dengan sokongan daripada majoriti rakyat di luar sana. Yang penting sekarang ialah rakyat. Kalau kita nak melayani hujah  individu-individu tertentu ini maka tidak jadi kerja kita.

“Bagi saya kita dah banyak  berjasa, kita telah banyak memastikan bagi kesatuan kita ini tidaklah sampai menjurus ke negara kita ini untuk huru-hara, peperangan, anak-anak tidak ke sekolah, rakyat jadi pelarian. Itu sahaja merupakan kekuatan  yang ada kepada kita. 

Pada Isnin Tengku Razaleigh menegaskan UMNO dan BN perlu melakukan perubahan bagi memastikan strategi politiknya mewakili suara rakyat.
Beliau menyifatkan ada pihak berpendapat UMNO telah menghampakan rakyat dan tidak lagi bertindak untuk kepentingan negara.

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa