Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, October 29, 2016

Tertangkap juga akhirnya........lari pun bukannya boleh lepas!

Suspek kes dera isteri ditangkap polis
Astro Awani |  Oktober 28, 2016 23:11 MYT
Suspek kes dera isteri ditangkap polis
Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap anggota SPRM yang ditahan hari ini atas dakwaan mendera isteri. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Suspek kes dera isteri di Segamat, Johor, berjaya ditangkap polis di Batu Berendam, Melaka, pada jam 8 malam ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, lelaki berusia 37 tahun yang merupakan anggota Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Segamat esok.

Ia bagi mendapatkan perintah tahanan reman terhadapnya yang sebelum ini kisahnya viral susulan pendedahan dibuat isterinya di media sosial.

BACA: Anggota SPRM dera isteri: Polis buka kertas siasatan - Khalid

BACA: Dera isteri: Pegawai SPRM diburu polis


Terdahulu hari ini, polis Johor mengesahkan menerima dua laporan berhubung satu muat naik dari laman Facebook seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Wan Ahmad Najmuddin berkata, kandungan Facebook yang viral itu mendakwa dia dipukul oleh suaminya serta pernah diugut dengan parang dan dipaksa melakukan perkara yang tidak sopan terhadap anaknya.

Suspek didakwa seorang anggota SPRM namun dilaporkan telah tidak hadir ke pejabatnya di Segamat dan pernah mempunyai kes narkotik di Muar pada tahun 2015.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar juga turut berkata hari ini, polis telah memulakan siasatan dan sedang memburu pegawai SPRM tersebut.

Khalid berkata, kes anggota SPRM itu akan dikendalikan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Kanun Keseksaan dan juga Akta Keganasan Rumahtangga 1994.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa