Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, October 22, 2016

Bersih 5: PAS jangan jadi keli dalam besen

Bersih 5: Pas cakap biar terang, jangan jadi keli dalam besen
 | ARIF ATAN
Mohd Sayuti OmarMohd Sayuti OmarSetiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan digesa supaya tidak mengeluarkan kenyataan berbelit berhubung penyertaan parti itu dalam himpunan Bersih, 19 November depan.
Penulis buku politik popular Mohd Sayuti Omar berkata, peguam itu boleh sahaja tanpa perlu berselindung menyatakan menjalin hubungan dengan Umno.
"Takiyuddin tidak payah banyak cakap berliku-liku macam jalan ke Bukit Tinggi.
"Terus terang sahaja Pas tidak mahu sertai Bersih kerana Pas sedia untuk berkerjasama dengan Umno. Cakap biar jelas dan terang.
"Ringkas, tidak menyusah dan mengelirukan orang. Dalam perjuangan kena gentlemen tidak jadi macam ikan keli dalam besen," bidasnya dalam status Facebook beliau.
Sayuti mengulas alasan Takiyuddin kononnya Pas tidak menyertai Bersih 5 kerana perjuangan gerakan kempen menuntut pilihan raya yang adil itu sudah melencong.
Takiyuddin yang juga peguam mendakwa terdapat peserta Bersih sebelum ini memijak gambar pemimpin parti tersebut.
"Kalaulah itu alasan kenapa Pas tidak mahu sertai Bersih, betapa rendah jiwa orang Pas.
"Takkan kerana gambar dipijak sanggup menolak gagasan Bersih untuk memastikan pilihan raya adil dan bersih.
"Tengok Anwar walaupun matanya lebam dibaham polis Dr Mahathir tetapi beliau boleh melupai peristiwa itu demi mencapai cita-cita bersama," tegas Sayuti lagi.

* Kalau dah Tuang Presidennya mengalahkan ular, anak buahnya pun ikut samalah!
Memang perumpamaan MSO ni selalu buat aku senyum.....

1 comment:

  1. Kadang-kadang terfikir juga PAS menolak Bersih kerana ada kelompok yang pijak gambar pemimpin PAS. Bagaimana pula ketika PAS membuat perhimpunan di hadapan bangunan PAS dimana ada kumpulan yang memijak gambar dan memfitnah bekas pemimpin PAS juga ketika itu. Apakah PAS setuju dengan tindakkan itu? Alasan PAS ketika itu adalah perbuatan individu bukan dasar PAS.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa