Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 26, 2016

Tindakan Hasan secara unilateral menyunting laporan 1MDB menerima tamparan!

Enam ahli PAC tak hadir, pengerusi kata tiada boikot
mk - Hari ini, 26 Okt. 16 - 6:31 petang
Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin menafikan bahawa beliau sedang berdepan dengan pemulauan oleh ahli jawatankuasa pembangkang dan BN.

"Tidak ada boikot," kata Hasan kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat PAC hari ini.

Mesyuarat hari ini tidak dihadiri oleh empat daripada lima ahli parlimen pembangkang, dan dua dari BN.

Ahli Parlimen pembangkang yang tidak hadir kari ini adalah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, Ahli Parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas, Ahli Parlimen Selayang William Leong dan Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin tidak hadir kerana beliau berada di Dewan Rakyat bagi mengikuti perbahasan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berhubung kebakaran tragis di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru, semalam yang mengorbankan enam nyawa.

Sementara itu, Ahli Parlimen BN yang tidak hadir adalah Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Seri Aziz Sheikh Fadzir dan Ahli Parlimen Tanjung Piai Datuk Wee Jeck Seng.

Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini bahawa Aziz tidak menghadiri mesyuarat PAC sejak selepas laporan 1MDB dibentangkan April lalu.

Begitu juga, dengan Pua, Leong dan Kamarul yang menguzurkan diri sejak itu.

Menurut sumber, Aziz kurang senang dengan tindakan Hasan yang secara unilateral menyunting laporan 1MDB, selepas ia dipersetujui secara kolektif.

Ayat yang dipadamkan daripada laporan itu menyatakan bahawa Bank Negara telah memaklumkan kepada PAC yang Good Star Ltd dimiliki oleh individu yang tidak dikaitkan dengan kumpulan PetroSaudi.

Sejak itu, telah dipastikan bahawa Good Star dimiliki oleh hartawan kelahiran Pulau Pinang, Jho Low, yang menurut pihak berkuasa Amerika menyelewengkan dana 1MDB.

Syarikat itu menerima AS$1.03 bilion dana 1MDB yang sepatutnya bagi membiayai projek usaha sama dengan PetroSaudi International.

Malaysiakini telah menghubungi Aziz untukmengulas dakwaan ini.

Apabila ditanya mengenai ketidakhadiran Aziz, Hasan seolah-olah kekok untuk memberi jawapannya.

“Nanti kita tengok berapa kali dia tak datang,” katanya.

Hasan juga menyoal pemberita sama ada Aziz pernah berkata beliau memulaukan mesyuarat PAC sebelum berkata dirinya akan mengeluarkan satu kenyataan media.

Mengenai Pua pula, Hasan berkata: "Biasa la dia."

Dalam kenyataannya kemudian, Hasan mengulangi bahawa tidak ada pemulauan.

“Isu boikot tidak timbul kerana wakil pembangkang hadir dalam mesyuarat PAC dan yang tidak hadir memaklumkan sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Mengikut Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, korum untuk PAC bersidang adalah tiga orang termasuk pengerusi dan semua mesyuarat yang telah diadakan cukup korum,” katanya.

Menurut Hasan ahli PAC dilantik oleh parlimen dan atas sebab itu diharap mereka menghormati pelantikan yang dibuat sebagai tanggungjawab dan amanah kepada rakyat untuk meneliti dan memastikan setiap perbelanjaan kerajaan benar-benar dibelanjakan demi kepentingan rakyat.

* Tak sedar diri yang dia tidak disenangi.......dan boleh lagi dia tersengih-sengih menafikan!

1 comment:

  1. kuasa di tangan orang yg bercakap...boeh cakap ape saje..ape yg rakyat atau pac boleh laku kan?
    tak ada ape.hanya menghabis waktu.mengutip elaun mesyuarat.
    rakyat yg bodoh ini...nengok aje la.baik ahli umno/bn mahu pun pembangkang.semua kena baysr gst juga..
    yg senang orang politik juga..berapa bangang nya rakyat malaysia di mata rakyat negara asing.
    memang sialan

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa