Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, October 22, 2016

Ooo......tak mau jadi pengikut, nak jadi pemimpin.......tapi belit kalahkan ular.......tilik muka dulu la wee!

Mursyidul am PAS tolak kerjasama jatuhkan Najib

  | October 21, 2016
Ucapan pertama Hashim Jasin sebagai mursyidul am dengan jelas tidak mahu bersekongkol dengan pihak yang mahu menjatuhkan perdana menteri.
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Hashim Jasin semalam menolak sebarang bentuk kerjasama dengan pihak yang mahu menukar kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak dan menggantikannya dengan perdana menteri yang baharu.
Hashim, dalam ucapan sulung di Kelantan selepas baru 2 minggu dilantik menerajui jawatan tertinggi PAS itu, berkata parti itu sudah membuat pelbagai jenis kerjasama sebelum ini dan terbukti ia tidak memberikan hasil.
“Ada parti baharu ajak kita bersatu bagi membolehkan 1 lawan 1 untuk menjamin kemenangan. Itu nak ambil kira mudah saja,” kata Hashim, dipercayai merujuk usaha PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendekati PAS bagi memastikan tiada pertindihan kerusi dalam kalangan pembangkang menghadapi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Baru-baru ini, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hanya 1 cara sahaja BN boleh dikalahkan iaitu dengan menggunakan 1 simbol, 1 manifesto dan 1 calon melawan BN.
“Semua parti pembangkang mesti bersatu dengan menggunakan 1 simbol, 1 manifesto, 1 calon untuk mengalahkan Umno-BN,” kata Dr Mahathir di Shah Alam minggu lalu.
Hashim berkata PAS menolak sebarang kerjasama semata-mata untuk menukar kerajaan yang ada atau menggantikan perdana menteri.
“Kamu ajak kami berpadu, nak tukar kerajaan, nak ganti PM. Saya nak kata, kami tak boleh terima. Dulu kami dah cuba macam-macam, masuk dalam BN, kemudian berpakat dengan pembangkang, semua tak jadi,” katanya dalam majlis sambutan 26 tahun Kerajaan Kelantan di bawah PAS, di Kota Bharu, malam tadi.
Pada awal 1990-an, PAS pernah bekerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46 di bawah Angkatan Perpaduan Ummah, gabungan yang dipimpin Tengku Razaleigh Hamzah, sebelum beliau membubarkan parti itu. Selepas 2008, PAS turut serta dengan PKR dan DAP di bawah Pakatan Rakyat, gabungan dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang ditamatkan selepas pertikaman lidah PAS-DAP mengenai usaha memperkenalkan hudud.
Hashim berkata PAS tidak mahu lagi terus menjadi pengikut kepada mana-mana pihak kerana ia mahu menjadi pemimpin, bukan dipimpin.
“PAS tak boleh dah bagi orang lain duduk depan, orang dok pimpin kita, kita kena jadi pemimpin, PAS kena jadi pemimpin,” kata bekas pesuruhjaya PAS Perlis itu yang kini merupakan mursyidul am PAS yang ke-4 selepas kematian Datuk Haron Din bulan lalu.
Katanya, PAS tidak kisah kalau ada kumpulan lain yang mahu bersamanya.
“Orang tak ikut tak apa… Kita yakin kalau kita tolong Allah, Allah akan tolong kita,” kata Hashim.

6 comments:

  1. Hoi hashim....camana hang tolong Allah.....Ruu355 ka?

    ReplyDelete
  2. Kalau nak politik pun jgn sampai sesat. Allah maha berkuasa atas segala sesuatu. Mustahil Allah memerlukan pertolongan makhluk. Lebih2 lagi ulama PAS...

    ReplyDelete
  3. tak pe...nk kekal kan pm yg ada sekarang pun ok je...tp suatu hari nanti..pas harus bertanggungjawab dengan ape yg di katakan sekarang..
    jgn lupa..mahkamah keadilan bukan hanya didunia..di mahkamah akhirat kelak kamu juga pengikut kamu menjawab la..
    ape rakyat nampak dengan ape yg pas nampak sangat berlawanan..

    ReplyDelete
  4. Knp pendirian org2 atasan pas skrg 180° bertentangan dgn TGNA. Anak TGNA sendiri amat berbeza pendirian drpd ayahnya. Rakyat marhaen tidak ada masalah dgn pendirian TGNA, tp tak dpt terima pendirian lebai2 pas skrg

    ReplyDelete
  5. , berkata mursyidul parti itu sudah membuat pelbagai jenis kerjasama sebelum ini dan terbukti ia tidak memberikan hasil...AGAK2NYA KALAU DEPAN ORG YG BERAKAL DAN FIKIRAN TERBUKAM..LEPAS JE HABIS MAURSYIDUL BERUCAP.. MESTI ADA YG BERTANYA...ORG YG BANGUN TU TANYA BEGINI... KALAU SUDAH MCM2 KERJASAMA DR DULU SAMPAI SKG..KITA MASIH TAK BOLEH MEMIMPIN.. APAKAH MENUNJUKKAN PARTI KITA BODOH DAN HAPRAK..KITA ADA AHLI PEMIKIR GOLONGAN ULAMAK2..GOLONGAN PROFIOSINAL..GOLONGAN CENDIAKAWAN...KENAPA JADI BEGINI.. KENAPA ALLAH TAK REDA.. DI MANAKAH SILAP KITA..bila takde org menyoal mursyidur mcm tu.. nampak benar walaun2 pas tu semuanya dungu.

    ReplyDelete
  6. Kenyataan dan seruan yg mungkin telah mendapat tajaan drp dsn.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa