Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 27, 2016

1MDB: Bekas Pengarah Komunikasi MOF pula buka mulut.....

Isu 1MDB punca saya letak jawatan, kata Ezam
27 Oktober 2016 | MALAYSIA DATELINE
Datuk Mohamad Ezam Mohd Noor

Seorang lagi bekas pemimpin di Kementerian Kewangan bangkit mempertikaikan isu 1MDB selepas Menteri Kewangan Kedua Datuk Mohamad Husni Hanazlah.

Bekas Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan Malaysia bermula 15 Mac 2014 lalu, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor turut mempertikaikan 1MDB.

"Saya alu-alukan kenyataan Datuk Seri Husni bekas Menteri Kewangan di Parlimen petang tadi.

"Isu yang dibangkitkan terutama soal 1MDB dan SRC amat serius dan amat besar implikasi kepada negara.

"Isu ini jugalah yg menyebabkan saya letak jawatan di MOF setahun lebih awal," kata Ezam dalam satu kenyataannya.

Menurut Ezam, semasa beliau di MOF, beliau telah dinafikan akses kepada fail 1MDB.

"Memo saya untuk dapatkan fail dan penjelasan SRC International juga di nafikan," kata Ezam.

Katanya, atas inisiatif beliau sendiri dengan menggunakan akses kepada agensi lain beliau telah mendapat gambaran jelas isu SRC dan ianya merupakan kes jenayah salahguna kuasa dan wang rakyat khususnya KWAP.

"Apabila OSA digunakan dalam report PAC saya tahu mereka yang terbabit mahu menutup segala pekung penyelewengan ini dengan apa cara sekalipun 'at all cost'," kata bekas ketua pemuda PKR yang menyertai Umno dan keluar meninggalkan Umno baru-baru ini.

Menurut Ezam, ketika kes longgokan ratusan juta duit rasuah rampasan di Sabah, beliau telah nyatakan ianya berpunca dari soal penyelewengan di pelbagai peringkat khususnya di bahagian perolehan/procurement kementerian itu.

"Bahagian Perolehan MOF adalah ibu segala proses tender terbesar negara," kata Ezam.

Semasa di MOF ianya menjadi tumpuan utama beliau kerana "saya tahu disitulah punya penyelewengan boleh berlaku."

"Saya mendapat maklumat ada posisi di perolehan MOF yang di isi lama hanya oleh seorang penjawat.

"Saya dapatkan penjelasan daripada pegawai tertinggi MOF pada ketika itu. Mereka akui ianya bercanggah dengan dasar di MOF tetapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana Menteri mempertahan supaya penjawat itu kekal di posisi sama," dakwa Ezam.

Sehubungan itu, beliau meminta SPRM lakukan siasatan menyeluruh bahagian perolehan MOF kerana ianya merupakan pusat dan ibu segala tender terbesar negara yang hanya boleh diluluskan oleh Menteri Kewangan.

Siasatan juga harus meliputi soal tender terhad di MOF yang turut disentuh oleh Husni di Parlimen kelmarin, katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa