Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 26, 2016

'Kini waktu keluar Umno'

‘Waktu menegur tamat, kini waktu keluar Umno’

  | October 26, 2016
Bekas ketua cawangan Umno berkata parti Melayu itu tidak boleh diselamatkan lagi seperti yang diharapkan Tengku Razaleigh.
PETALING JAYA: Sudah terlewat untuk ahli Umno mendisiplinkan pemimpin parti yang dilihat menyimpang daripada perjuangan parti itu, kata seorang bekas ketua cawangan Umno.
Naib Presiden Gerakan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM), Rushdan Mohamed mengulas kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah semalam yang menggesa ahli Umno bertegas mengingatkan pemimpin parti kembali menggerakkan negara mengikut visi pengasas negara.
“Masa menegur sudah berlalu, sudah terlambat. Sekarang waktu untuk ahli meninggalkan Umno,” katanya ketika dihubungi FMT.
Beliau berkata kritikan yang disuarakan sejumlah pemimpin akar umbi kepada pimpinan tertinggi, terutama Presiden Datuk Seri Najib Razak, sebelum ini dibalas dengan tindakan disiplin.
“Jelas Umno sudah tidak dapat diselamatkan, sebarang teguran sudah tidak berguna. GKCM menggesa ahli menyertai mereka yang sudah meninggalkan Umno untuk menyertai Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM),” katanya ketika dihubungi FMT.
Memetik pepatah “busuk ikan bermula dari kepala”, Ku Li yang juga ahli Parlimen Gua Musang berkata hanya ahli Umno yang dapat menjamin masa depan parti itu yang kini dilihat menjaga kepentingan pemimpinnya.
Pada Disember lalu, Lembaga Disiplin Umno memutuskan untuk menggantung keahlian 8 ketua cawangan di Teluk Kemang selama 6 tahun kerana menggesa Najib meletakkan jawatan sebagai presiden.
Rushdan yang pernah mengetuai Umno Cawangan Rista Villa Perdana turut dipanggil Jawatankuasa Disiplin ekoran tindakannya membakar buku Perlembagaan Umno pada 26 Jun lalu, sebagai simbolik membantah pemecatan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal dan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Beliau yang kini ahli PPBM memaklumkan sebahagian besar ahli GKCM sudah menyertai parti yang dipengerusikan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa