Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 26, 2016

Adakah Najib akan jawab?

Najib wajib jawab semua soalan Ahmad Husni, kata Pemuda Amanah
 | MALAYSIA DATELINE
Shazni Munir Mohf IthninShazni Munir Mohf IthninPemuda Amanah Nasional mendesak Menteri Kewangan Datuk Seri Mohd Najib Razak memberi jawaban terhadap semua pertanyaan Ahli Parlimen Tambun Datuk Seri Ahmad  Husni Hanadzlah berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)  di dewan rakyat.
Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, Ahmad Husni yang juga selaku bekas Menteri Kewangan 2, soalan Ahli Parlimen Tambun tersebut merupakan soalan 'maha penting' dan menyentuh langsung tentang kredibiliti Najib selaku pihak yang mengasaskan penubuhan 1MDB.
"Lebih penting, hiruk-pikuk yang melingkari skandal kewangan terbesar yang dipelopor 1MDB itu juga akan reda sekiranya Datuk Seri Najib berani tampil menjawab semua soalan yang dikemukan bekas orang nombor duanya di Kementerian Kewangan.
"MP Pekan itu boleh memilih untuk menjawab secara langsung dan disiarkan di seluruh stesen televisyen. Atau paling tidak, Datuk Seri Najib hadir sendiri ke Parlimen dan bersedia dengan jawapan-jawapan ke atas soalan tersebut,"ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam Ahmad Husni telah mempersolkan isu berkaitan 1MDB ketika perbahasan di dewan rakyat.
Shazni Munir berpandangan jawaban kepada semua persoalan diajukan itu perlu dijawab oleh Najib selaku Pengerusi 1MDB.
"Kalau itu pun tidak mampu dilakukan, memadai Datuk Seri Najib mewakilkan kepada mana-mana menteri sebagaimana biasa dilakukan beliau.
"Jika itu pun tidak dibuat - dengan malu yang ditanggung negara dan wang berbilion ringgit hangus begitu sahaja - maka meletakkan jawatan adalah jawapan terbaik untuk beliau," tegasnya.
Datuk Seri Ahmad Husni HanadzlahDatuk Seri Ahmad Husni HanadzlahBerikut disenaraikan soalan yang dikemukan MP Tambun semasa sesi perbahasan Belanjawan 2017 semalam.
1. Mengapakah ditubuhkan 1MDB?
2. Mengapa diletakkan USD4 billion atau lebih kurang RM16 billion dalam Aabar PJS Limited yang bukan dimiliki IPIC, sebuah syarikat yang dimiliki oleh dua 'anak raja' yang didaftarkan di British Virgin Island?
3. Mengapa tindakan undang-undang tidak diambil terhadap pengurusan 1MDB kerana memasukkan duit di tempat yang tidak betul dan mengapa tidak diambil tindakan kepada dua 'anak raja' ini kerana penyelewengan-penyelewengan wang tersebut?
4. Apa jadi pada unit pelaburan bernilai lebih kurang USD1 billion yang sepatutnya matang pada tahun lalu tetapi tidak tahu kisahnya?
5. Apa jadi dengan Binding Sheet Term dengan IPIC dan mengapa 1MDB tidak memenuhi perjanjian tersebut sehinggakan IPIC membuat saman melalui arbitration sebanyak USD6.5 billion bersamaan dengan RM26 billion?
6. Apa jadi dengan penjualan Bandar Malaysia? Kita jual 60 peratus kepada syarikat negara China, yang mempunyai minoriti shareholding daripada dua syarikat daripada Malaysia?
7. Bila kita jual ekuiti, tambahan pula 60peratus, barangnya mesti diambil sekarang. Mengapa kita biarkan bayaran itu dibayar pada tahun 2022? Ia meletakkan risiko kepada 1MDB, risiko perniagaan dan risiko pembayaran. Mana kita tahu tahun 2022 pembayaran akan dibuat?
8. Switzerland, Monetary Authority akan mengambil tindakan undang-undang. Begitu juga dengan British. Di Singapura dua bank telah tutup. Apa yang akan jadi kepada negara kita?

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa