Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 28, 2016

Apa yang Muhyiddin kata dulu memang betul?

Kes Bunuh Diri : Pendapat Muhyiddin Betul Terhadap PAS
October 28, 2016  Caspian
Suatu ketika dahulu, sewaktu Tan Sri Muhyiddin masih lagi dalam UMNO, beliau dilihat antara individu yang begitu kerap menghina PAS. Sewwaktu itu, beliau berusaha untuk menjatuhkan kredibiliti PAS sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.

Pastinya ramai yang masih mengingati ayat PAS merupakan “Parti Ajaran Sesat” (singkatan nama PAS itu sendiri) sehingga menimbulkan kemarahan ahli PAS terhadap beliau. Inilah yang dijaja oleh Muhyiddin sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu.

Kini, setelah 3 tahun berlalu, nyata ayat yang dilafazkan Muhyiddin itu akhirnya terbukti kebenarannya. Kelmarin, seorang lelaki yang dipercayai ahli PAS, telah mengambil keputusan membunuh diri akibat tekanan perasaan di Jambatan Pulau Pinang Kedua.

Menariknya, menerusi nota yang ditinggalkan oleh lelaki berkenaan, dia menyeru Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang untuk menyertai semula Pakatan Harapan dan meninggalkan rancangan penggabungan dengan UMNO untuk Pilihan Raya yang akan datang.

Mengimbas semula nota ini, pasti dapat mengagak, bagaimana seorang ahli PAS sendiri boleh mengambil keputusan yang dilarang agama hanya semata-mata tekanan perasaan. Sepatutnya, PAS selaku parti ultras Islam dapat mentarbiahkan ahlinya untuk berpegang teguh kepada prinsip Islam.

Ini tidak, ahlinya sendiri boleh mengambil keputusan untuk membunuh diri, sesuatu yang ditegah oleh Islam dan semua agama di dunia ini.

Jika dilihat dari apa yang dilakukan oleh lelaki ini, nyata, apa yang diperkatakan Muhyiddin, 3 tahun lalu, ada asasnya. Seperti ajaran sesat, ahlinya bebas melakukan apa sahaja dan apa yang berlaku terhadap lelaki bodoh ini, samalah dengan ajaran sesat seperti yang didakwa Muhyiddin sebelum ini.

* Pada aku hidup dan mati kita di tanganNya.........ditakdirkan kematiannya dengan cara begitu, adakah kita berupaya merubahnya?

1 comment:

  1. Ini bukan soal parti mana pun. Si mati ada bahagian dia xpayah hina dia. Cuma iman dia xseteguh hg.so masa hg pn akan tiba, cuma cara, dimana ja bezanya.Cubalah menulis seperti org brilmu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa