Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 27, 2016

Husam berperang dengan Zulkifli Mamat di Sidang DUN Kelantan

Thursday, October 27, 2016
Sidang DUN Kelantan: Husam berperang dengan Zulkifli Mamat

Husam dan Zulkifili enggan duduk walaupun
diperintah Speaker beberapa kali.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini bergegar bukan kerana berlaku gempa bumi, tetapi ia panas dan hangat dengan pertengkaran dua ahli Dewan khasnya antara wakil Salor (Husam Musa) dengan wakil Pulai Chondong (Zulkifli Mamat). 

Kedua-dua wakil itu saling jawab menjawab mempertahankan pendirian masing-masing.Pertengakaran dan perang mulut kedua orang yang pernah bersahabat itu meletus apabila wakil Pulai Chondong ketika menyambung perbahasan Bajet 2017 menuduh wakil Salor mengemukakan bukti-bukti yang tidak sahih yang dikutip di tepi jalan berhubung kepincangan Kerajaan.

Tuduhan Pulai Chondong itu menyebabkan Husam marah lantas bangun menafi dan menyoalkan Zulkifili apakah butiran yang diperkatakan yang diambil dari laporan audit dalaman SUK itu sebagai tidak benar? Dalam ucapan perbahasan bejet semalam Husam menimbulkan beberapa isu khasnya mengenai KPK yang maklumatnya dikutip dari laporan audit.

Walaupun Husam mengemukakan hujah dan menafikan tuduhan Zulkifli, tetapi wakil Pulai Chondong itu tetap bekeras menuduh bahawa bukti dan dakwaan Husam itu tidak betul terutamanya mengenai dakwaan syarikat Kijang Kuari milik kerajaan dijual. Zulkifili memberi gambaran Husam sebagai tertekan apabila kini sudah tidak lagi menjadi exco dan tidak bersama Pas lagi.

Zulkifili menafikan keras dakwaan itu, bagaimana ia dipertahankan oleh Husam dengan mendakwa maklumat itu diambil dari kenyataan dibuat oleh pihak yang boleh dipercayai. Namun Zulkifili tetap berkeras kerak menafikan dan mendakwa Husam sebagai tidak benar. 

Husam menjadi tambah berang apabila satu ketika Zulkifli menuduh Husam sebagai pencuri apabila mendedahkan laporan audit dalam SUK yang belum dibentang. Husam berkali-kali meminta Zulkifli menarik balik tuduhan itu tetapi tidak diendahkan. Untuk menenangkan keadaan wakil Pasir Pekan yang juga MB Ahmad Yakob bangun menjelaskan bahawa laporan audit yang dipetik Husam itu masih belum disahkan.

Jawaban MB itu menyebabkan Zulkifili berasa dia berada dipihak benar dan sekali lagi terus menempelak Husam menjadikan Husam lagi berang.

Menjawab permintaan Husam agar laporan audit itu dibentang kepada awam, Ahmad berjanji selepas ia disahkan laporan itu akan dibentangkan. Husam mengucap terima kasih kepada MB.

Beberapa ketika dewan menjadi lebih teruk dari pasar ikan dan kedua-duanya beremosi tanpa mengendahkan larangan dan nasihat Speaker Abdullah Yaakob yang kelihatan serba salah untuk membuat keputusan menggunakan kuasanya. Lebih 10 kali Abdullah meminta keduanya dsan wakil lain yang bangun mencelah duduk bagi menenangkan keadaan tetapi tidak dipedulikan. 

Husam yang enggan duduk dan berkeras tidak akan duduk selagi Zulkifli yang menuduhnya sebagai pencuri tidak ditarik balik. "Saya tidak akan duduk," kata Husam. "Saya tidak akan tarik balik," balas Zulkifli pula. Aksi ini berulang beberapa jurus yang sungguh mendebarkan.

Perbalahan mulut antara keduanya juga sesekali dicelah oleh Adun Tawang (Hasan Mahmud) yang menjadi pembantu dan penyokong Zulkifli. Satu ketika Hasan cuba membaca fatwa dan kaedah bermesyuarat yang dikeluarkan oleh seorang ulama untuk meleraikan keadaan tetapi dicegah oleh Husam kerana ia cenderong kepada Zulkifli. "Sebagai ketua ulama Tawang hendaklah bersikap adil dan berpegang kepada prinsip Islam," demikian kata Husam menyebabkan Hassan terduduk.

Pada satu ketika lain Husam menempelek cara Zulkif Mamat apabila cuba membaca ayat-ayat Quran untuk mempertahankan hujahnya dengan berkata; jangan baca ayat Quran kalau kita tidak berbuat apa yang disuruhnya. Inilah perangai orang Pas," singgung Husam menyebabkan Zulkifli jadi naik angin dengan mengatakan; "kenapa jadi begini lalu Salor ni...."

Husam sangat kesal dengan sikap dan cara Zulkifli berhujah yang ada kalanya cuba mengelak dan melarikan diri dengan keluar dari topik asal. "Apakah ini cara Islam Pas, kalau begini cara Islam Pas, Pas akan mati," kata Husam yang kemudian dijawab selamba oleh Zulkifli, "Pas tidak akan mati tetapi akan kekal dan kuat."

Untuk meredakan keadaan Zulkifli bermain dengan psykologi  yang mengakui Husam adalah sahabatnya. "Salor sahabat baik ambo". Ia bagaimana pun dibidas oleh Husam, "sahabat apa kalau tikam belakang", meyebabkan Zulkifili menjawab selamba, "ambo tidak tikam belakang",  dan dijawab Husam "tidak tikam apa, sudah pun tikam," menyebabkan dewan bergema dengan gelak tawa.

Perbahasan di anatara keduanya yang saya kenali dan pernah rapat di antara satu sama lain menarik perhatian dan menghidupkan suasana dewan. Tetapi apabila ada ketika ia melampaui dan kurang berakhlak sangat dikesali. Sepatutnya mereka tidak berada dalam keadaan berkonfrantasi sehingga lupa asal usul mereka yang dididik oleh Tokguru Nik Abdul Aziz yang mereka sanjungi sebagai guru. Perbezaan wadah perjuangan tidak seharusnya menjadi sebab untuk mereka tidak boleh beruding dan berbahas dengan tertib demi Kelantan.

Sementara baharu sekejap tadi saya menerima email kenyataan media yang dikeluarkan Husam yang berkisar kepada isu yang membabitkan perdebatan beliau dengan Zulkifli. Kenyatana itu mendedahkan puluhan hujah dikemukakan Husam yang diharap ia akan dijelaskan oleh MB yang akan membuat penggulungan lewat petang ini.

Berikut adalah kenyataan media oleh Husam Musa.

APA NASIB KOMPLEKS PERKAYUAN KELANTAN(KPK) ??
Dalam Perjuangan DUN Kelantan hari ini -Alhamdulillah, YAB MB mengakui adanya semakan ke atas Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) oleh Jabatan Audit Dalam Setiausaha Kerajaan Kelantan.
Saya bernasib baik dapat membaca laporan tersebut.
Sebahagian ekstrak apa yang ada dalam laporan itu saya perturunkan dalam Notis Pertanyaan Dewan.
Alhamdulillah, Speaker Dun bersetuju Notis ini diedarkan kepada semua ADUN.
Berikut, saya siarkan untuk penelitian rakyat Kelantan.
Moga-moga ada kebaikan untuk Negeri Kelantan. Pada masa yang sama, YAB MB menjelaskan laporan audit ini belum disahkan.

NOTIS PERTANYAAN SEMASA PERBAHASAN, DEWAN UNDANGAN NEGERI KELANTAN YANG BERSIDANG PADA 27 OKTOBER 2016
YB Pulai Condong telah menuduh saya mengambil maklumat tepi jalan mengenai isu-isu yang saya bangkitkan semasa perbahasan Budget Negeri Kelantan 2017 di DUN Kelantan pada 26 Oktober 2016.
Khususnya isu Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) dan beliau memberitahu Dewan beliau selaku bekas Pengerusi KPK akan menyangkal hujah-hujah saya pada hari ini, 27 Oktober 2016.
InsyaAllah, saya akan mengambil kesempatan ini untuk bertanya dan mengemukakan maklumat dan pertanyaan berikut:
a. Selaku bekas Pengerusi KPK, adakah YB sedar bahawa minit mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah (ALP) KPK sebanyak SEBELAS kali hanya di SAHKAN dalam satu mesyuarat ALP pada Bil 195(5/2013) yang bersidang pada 11 Jun 2013?
SEBELAS minit mesyuarat tersebut ialah mesyuarat ALP KPK bil 184(2/2012) sampai Bil 194(4/2013). Lampiran disertakan untuk memudahkan jawapan YB.
SOUNCERN TIMBER SDN BHD DAN SYARIKAT-SYARIKAT BERKAITAN DENGANNYA
1. Saya merujuk kepada Kompartmen 42 HSK Balah, di mana saya difahamkan, berdasarkan hanya MEMO PENGURUSAN KPK bertarikh 29.4.2014 telah melantik KPK SK Timber Sdn Bhd sebagai MENJALANKAN KERJA-KERJA PENERIMAAN DAN JUALAN BALAK.
2. Adakah YB sedar bahawa KPK SK Timber Sdn Bhd ini sekalipun MENGGUNA nama KPK, tetapi KPK langsung tidak mempunyai saham?
3. Adakah YB sedar, semakan dengan SSM sehingga Januari 2016 menunjukkan KPK Timber Sdn BHd ini dimilik 70% sahamnya oleh milik Souncern Timber Sdn Bhd sementara 30% lagi bakinya dimiliki oleh Setiusaha Syarikat iaitu Tuan Tan Wei Chuan?
Adakah 30% pegangan itu SEBENARNYA mewakili mana-mana pihak ketiga?
4. Adakah YB sedar Kompatmen 42 HSK Balah berdasarkan rekod, adalah hutan dara?
5. Adakah YB sedar bahawa tidak ada rekod perjanjian/kontrak antara KPK dan Souncern Timber atau KPK SK Timber bagi kerja-kerja di kompatmen 42 seluas 249 ha itu?
6. Adakah YB sedar bahawa pada 1.12.2014, satu surat tawaran jualan balak dari Kompatmen 42 ini telah dikeluarkan oleh KPK kepada Roshaimi Enterprise (KT02025518-D) dengan harga RM 1,107,500 iaitu dengan kadar RM 1,800 se ekar.
Tawaran telah diterima oleh Roshaimi Ent. pada 2.12.2014 tetapi pembatalan tidak dibuat kepada KPK SK Timber iaitu syarikat asal yang mengusahakan Kompatmen ini.
Mengapa ini berlaku?
7. Adakah YB sedar bahawa berdasarkan Mesyuarat ALP KPK Bil 201 (3/2014) pada 18.3.2014, Kompatmen 42 adalah diputuskan untuk ditawarkan kepada Souncern Timber Sdn Bhd.
Adakah benar bahawa Kompatmen ini telah digugurkan dari senarai kompatmen yang ditawarkan pada waktu Sale Agreement antara KPK dan Souncern ditanda tangani pada 20 Mac 2015?
8. Adakah YB sedar, semakan Laporan Pemerhatian Audit Dalam SUK, seperti mana saya difahamkan, mendapati Roshaimi Ent belum membuat bayaran sejumlah RM 896,507.45 walaupun Bahagian Operasi KPK mengesahkan semua kerja pengusaha hasilan telah selesai dijalankan?
9. Disebalik itu, adakah YB sedar bahawa bayaran tribute dan premium bagi Kompatmen ini sejumlah RM 582,572.45 kepada Jabatan Perhutanan telah dibuat oleh KPK sendiri dan bukannya oleh Roshaimi Ent?
10. Adakah benar ada surat "sila urus" daripada Pejabat MB mngenai harga yang ditawarkan kepada Roshaimi Ent?
11. Adakah YB boleh maklumkan sama ada ada atau tidak ada satu perjanjian antara KPK dan Roshaimi Ent. bagi kerja-kerja berkenaan?
12. Adakah tindakan undang-undang telah diambil oleh KPK ke atas Roshaimi Ent. seperti mana kehendak ALP Pengarah?
Jika tidak, kenapa?
13. Bukankah perlantikan Souncern Timber Sdn Bhd dibuat tanpa tender terbuka tetapi melalui rundingan?
Apakah kriteria-kriteria pemilihan itu?
Apakah kelebihan syarikat ini atau tawarannya yang lebih menguntungkan KPK?
14. Adakah benar bahawa Mesyuarat ALP KPK Bil 201 (3/2014) pada 6 Jun 2014 telah menetapkan harga jualan kepada Souncern adalah seperti berikut:
- RM 1,800 se ekar bagi kawasan sudah kerja
- RM 4,000 se ekar bagi kawasan tebang habis untuk tujuan perladangan
Walau bagaimanapun, berdasarkan perjanjian, adakah benar KPK menawarkan harga HANYA RM 1,450 se ekar bagi 6,000 ekar untuk tiga tahun pertama, tanpa melihat sama ada kawasan itu adalah hutan dara atau tebangan habis, seperti yang berlaku kepada Kompatmen 43 sekarang?
15. Adakah YB sedar bahawa KPK sendiri telah menilai kawasan-kawasan ini dengan harga RM 2,400 se ekar (sepatutnya bagi kawasan tebang habis dan hutan dara, nilaiannya mesti lebih tinggi)?
Ini bermakna, kurangan sebanyak RM 950 se ekar.
Bagi 6,000 ekar berkenaan, kerugian dari anggaran KPK sendiri sahaja sudah berjumlah RM 5,700,000/ RM LIMA JUTA TUJUH RATUS RIBU!
Ini bukan kiraan saya, tetapi kiraan Laporan Audit Dalam SUK pada muka surat 29, saya difahamkan.
Jika harga RM 4,000 se ekar bagi kawasan tebang habis diambil kira, kerugian KPK berjumlah RM 15,300! LIMA BELAS JUTA TIGA RATUS RIBU RINGGIT untuk tiga tahun pertama!
16. Kenapa KPK menawarkan harga yang lebih rendah dari harga yang diputuskan oleh ALP KPK sendiri?
17. Adakah pihak-pihak yang mendapat kick back dari susunan ini, setakat pengetahuan YB?
18. Siapakah yang lebih berkuasa dari Ahli Lembaga Pengarah sekarang?
19. Adakah ini bukan satu penyelewengan?
20. Adakah YB boleh mengesahkan bahawa antara kawasan yang terlibat dengan blokade Orang Asli sekarang adalah dalam kawasan KPK yang sedang dikerjakan?
21. Adakah YB sedar Kompatmen 43 KPK di HSK Balah diusahakan oleh Souncern?
Adakah YB sedar Sourcern telah meminta kawasan ganti dari KPK hasil blockade tersebut? Adakah KPK bersetuju?
22. Selain Kompatmen 43, NO LESEN DB 01(P) 12 -2016 untuk tujuan TLC bagi Kompatmen 100, 101, 102, 112 dan 113 seluas 404 ha dan lesen DB 01 (P0 15-16) TLC melibatkan Kompatmen 143,144, 176, 178 dan sebahagian 179 seluas 391 HA melibatkan kawasan KPK?
23. Adakah pihak ALP KPK telah melawat kawasan-kawasan berkenaan di atas yang dikatakan telah mengakibatkan kemusnahan habitat Orang Asli sebagai tanda peri kemanusiaan dan berkebajikan?
Jika tidak, mengapa?
24. Adakah mengambil berat kesan alam sekitar dalam aktiviti-aktivitinya? Adakah ini termasuk dalam piagam kewujudannya?
Jika ya, apakah tindakan pemantauan dan pematuhan yang telah diambil, khususnya berbangkit dari bantahan dari Orang Asli sekarang yang melibatkan kawasan konsensi KPK?
25. Setakat pengetahuan YB, adakah syarikat induk KPK iaitu PKINK tahu apa yang berlaku dalam KPK sekarang?
26. Adakah YB sedar bahawa mesyuarat ALP KPK BIl 201(3/2014) pada 18.3.2014 telah meletakkan syarat usaha sama KPK dengan Souncern mestilah meliputi menyewa kilang KPK di Dabong dengan kadar RM 30,000 sebulan.
Pada 20.3.2015, perjanjian telah dibuat tetapi tidak dimatikan setem.
Kenapa berlaku demikian?
Sehingga Januari tahun ini, sejumlah RM 300,000 tunggakan sewaan kilang belum dibayar oleh Souncern.
27. Adakah YB sedar Souncern tidak lagi berminat untuk menyewa kilang ini?
- Jika Souncern tidak jadi menyewa kilang ini, apa akan dilakukan ke atas kilang yang telah ditutup oleh KPK itu?
28. Adakah YB sedar KPK telah memberikan 5 kenderaannya kepada badan tertentu? Adakah boleh YB nyatakan badan-badan itu?
29. Mengenai rancangan Bandar Baru Dabong di atas tanah milik KPK seluas 45 ha melalui usaha sama dengan Lapangan Desiran Sdn Bhd, kenapa ia gagal dilaksanakan?
30. Adakah YB sedar bahawa Pengurus Besar KPK pernah menulis surat kepada Lapangan Desiran untuk menafikan pernah melantik mana-mana pihak mewakili KPK untuk menerima wang dari Lapangan Desiran dan KPK tidak pernah menerima apa-apa bayaran dari Lapangan Desiran?
Kenapa surat seperti ini perlu dikeluarkan?
31. Adakah YB sedar bahawa dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Kecil Tender KPK yang dipengerusikan oleh YB Kadok, telah diluluskan bayaran balik sejumlah wang termasuk RM 50,000 yang telah diterima sebelumnya oleh salah seorang ALP KPK?
32. Boleh YB nyatakan jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh KPK untuk tujuan pembangunan Bandar Baru Dabong, termasuk bayaran kepada Syarikat Interlocking System?
Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Unit Audit Dalam SUK atas inisiatif menjalankan auditan ke atas KPK.
Saya berharap Kerajaan Negeri berani mendedahkan dokumen ini kepada awam.

YB Dato' Husam Musa
ADUN Salor
27 Oktober 2016/29 Muharam 1438.
[wm.kl.1:30 pm 27/10/16]

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa