Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, October 23, 2016

Dengan sikap kluk-klek PAS lebih baik Tuan Ibrahim diam dan ajar dulu PAS Kelantan bagaimana menjana duit!

Bajet 2017 buktikan GST naik jika BN menang PRU14, kata PAS

  | October 23, 2016
Timbalan presiden PAS berkata, situasi itu akan menjadi realiti jika kerajaan gagal mempelbagaikan hasil untuk menampung perbelanjaan yang semakin besar.
KUALA LUMPUR: PAS yakin kerajaan Barisan Nasional (BN) akan menaikkan kadar cukai barang dan keidmatan (GST) jika ia berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata, situasi itu akan menjadi realiti jika kerajaan gagal mempelbagaikan hasil untuk menampung perbelanjaan yang semakin besar.
“Sekiranya jangkaan hasil kerajaan tidak menepati sasaran, apakah lebih banyak duit yang akan diambil oleh rakyat untuk menampung perbelanjaan kerajaan? Apakah itu intipati sebenar di sebalik mesej ‘ikat perut’ PM ketika membentangkan Bajet 2017?” katanya.
Menurut beliau, Bajet 2017 memperlihatkan kerajaan Umno-BN masih mengekalkan bergantung kepada hasil tradisi, tanpa berusaha mencari sumber baru bagi meningkatkan pendapatan negara.
Ini terbukti apabila pergantungan kepada sumber petroleum menjerat kerajaan apabila harga komoditi tersebut merudum.
“Sepatutnya Malaysia yang kaya dengan pelbagai hasil sumber asli dan kedudukannya yang strategik memudahkannya menarik pelabur luar. Namun sayang, imej negara merundum kerana rasuah dan terjebak dengan skandal 1MDB (1Malaysia Development Berhad) yang menjadi tumpuan dunia,” ujar beliau.
Justeru, beliau menyaran tumpuan diberi kepada sektor pertanian sebagaimana Thailand dan Indonesia yang semakin jauh meninggalkan kita dalam sektor pertanian.
“Pergantungan utama kerajaan kepada cukai iaitu duit daripada rakyat amat membimbangkan. Ia juga membuktikan kerajaan ketandusan idea bagi merancang dan mencari jalan keluar kepada kemelut ekonomi yang dijangka berterusan buat beberapa tahun mendatang.”

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa