Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 25, 2016

Arul Kanda ialah CEO dan pengerusi 1MDB

Selain Arul Kanda, siapa lagi pekerja 1MDB, soal Shafie

  | October 25, 2016
Bekas menteri itu berkata 1MDB dikatakan sebagai pelaburan yang bagus tetapi apa pulangannya apabila hanya Arul Kanda seorang dilihat menjadi kakitangan syarikat itu.
DEWAN RAKYAT
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shafie Apdal mempertikaikan berapa banyak pekerjaan diwujudkan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana apa dilihat sekarang hanya Arul Kanda Kandasamy bekerja untuk syarikat itu.
Di Dewan Rakyat hari ini, bekas menteri Umno itu berkata 1MDB dikatakan sebagai pelaburan yang bagus tetapi apa pulangannya apabila hanya Arul Kanda seorang dilihat sebagai kakitangan syarikat itu.
Shafie (Warisan-Semporna) berkata:”Kita diberitahu 1MDB pelaburan yang baik. Apa pulangan pelaburannya. Saya hanya nampak Arul Kanda saja diambil bekerja.”
Arul Kanda ialah CEO dan pengerusi 1MDB.
Shafie berkata meskipun Proton yang ditubuhkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengalami kerugian tetapi ada banyak rakyat Malaysia diambil bekerja oleh syarikat itu.
Beliau yang juga bekas menteri luar bandar dan pembangunan wilayah turut membangkitkan mengenai pembangunan tidak seimbang antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung.
Katanya, meskipun kaya dengan sumber alam semula jadi seperti minyak dan kelapa sawit, rakyat di kedua-dua negeri Borneo itu terus miskin.
Shafie berkata ada banyak kelapa sawit di Sabah tetapi pengeluaran hiliran dibuat di Semenanjung.
“Dalam Bajet 2017, golongan belia menjadi fokus dalam pembangunan di Lembah Klang, sedangkan fokus sepatutnya di kawasan luar bandar di mana banyak yang perlu dibangunkan.
“Rakyat di Sabah dan Sarawak bukan minta landasan kereta api. Apa yang kami mahu ialah jalan untuk kegunaan kami,” katanya ketika membahaskan ucapan Bajet 2017 di Dewan Rakyat hari ini.
Shafie juga mempersoalkan keperluan untuk membelanjakan banyak wang dalam bajet itu sedangkan ekonomi sedang perlahan.
Katanya, kerajaan sepatutnya mengurangkan perbelanjaan mereka dan membelanjakan wang untuk perkara yang perlu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 21 Oktober mengumumkan bajet persekutuan untuk 2017 ialah sebanyak RM260.8 bilion, peningkatan 3.4% berbanding tahun sebelumnya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa