Dua wanita bukan Islam sembahyang cara Buddha dalam masjid di Limbang
RAKAMAN dua orang wanita bukan Islam dikatakan membuat upacara keagamaan (sembahyang) cara Buddha dalam sebuah masjid menular (viral) di laman sosial Facebook.
SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO
Kedua-dua orang wanita itu dalam rakaman terbabit dilihat menunduk-nundukkan kepala menghala ke arah kiblat masjid tersebut, sementara di sebelah kanan mereka seorang lelaki sedang berdiri (qiam) menunaikan solat.
Sumber dipetik dari media sosial memaklumkan bahawa kejadian itu berlaku di Masjid Baitul Iman Limbang, Sarawak. Dua wanita bukan Islam itu difahamkan adalah warga Vietnam yang tersilap masuk ke dalam masjid kerana menyangka ia adalah sebuah Tokong.
Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid yang menyaksikan kejadian itu didakwa membiarkan kedua-dua wanita tersebut menyelesaikan upacara keagamaan mereka. Selepas itu barulah AJK berkenaan memberitahu wanita terbabit bahawa mereka tersilap tempat sembahyang.
Kedua-dua wanita terbabit dikatakan telah memohon maaf dan pihak masjid juga menerima permohonan maaf tersebut, seterusnya AJk terbabit telah menunjukkan kepada kedua-dua wanita itu Tokong yang berhampiran.
Di bawah ini video rakaman ketika kedua-dua wanita tersebut sedang bersembahyang dengan cara mereka yang tersendiri. Sila klik 'button play' untuk menonton.

- sumber
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa