Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 2, 2017

Kemalangan Anwar diragui?

Kemalangan Anwar: Ada sesuatu tak kena, kata HARAPAN
mk  -  Hari ini, 2:57 pm
Selepas lebih sebulan konvoi kenderaan yang membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim terbabit dalam nahas jalan raya, anggota parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini mempersoalkan mengapa kerajaan tidak menjalankan sebarang siasatan berhubung perkara itu.
Wakil ahli parlimen HARAPAN Datuk Johari Abdul berkata siasatan perlu dibuat memandangkan kejadian berkenaan adalah insiden kali pertama meskipun banyak perjalanan keluar masuk Anwar termasuk ketika dipenjarakan selama enam tahun.

“Pihak-pihak keselamatan polis dan penjara mereka ada Prosedur Manual Standard (SOP) dan sudah tentu mereka jalani latihan intensif.

“Ada sesuatu yang tidak kena dan ia akan timbulkan persepsi masyarakat, jadi kena ada siasatan mengenai perkara itu,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di parlimen hari ini.

Pada 22 September lalu konvoi kereta yang membawa Anwar terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) ke Penjara Sungai Buloh selepas menerima rawatan di HKL.

Kemalangan berlaku pada jam 12.30 tengah hari di persimpangan berhampiran Saujana Utama.

Akibat kemalangan itu, Anwar yang juga bekas ketua pembangkang hanya diberi ubat tahan sakit selepas pemeriksaan dilakukan oleh doktor di Penjara Sungai Buloh.

Menurut Johari lagi, sekiranya siasatan mengenai perkara itu tidak dibuat, ini boleh mencetuskan tanda tanya di kalangan rakyat sama ada ini satu konspirasi.

“Kita tak mahu (rakyat rasa konspirasi). Kita nak siasatan mendalam supaya kita tahu apa yang berlaku dan dapat jernihkan fikiran rakyat,” kata anggota parlimen Sungai Petani itu.

Sementara itu, anggota parlimen Subang yang juga peguam Anwar, R Sivarasa berkata tahap kesihatan ketua umum HARAPAN itu semakin teruk selepas kemalangan.

“Keadaan fizikal Anwar lebih teruk selepas kemalangan, saya sempat jumpa dia selepas kemalangan, saya lihat tahap sakit dia jauh lebih teruk dari dulu.

“Dia tak boleh jalan macam biasa, cuma jalan perlahan-lahan, berdiri dengan perlahan, semua nampak jelas dia dalam kesakitan berterusan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa