Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 7, 2017

Anwar akan dibedah Ahad ini

Anwar jalani pembedahan Ahad ini
mk      Hari ini, 2:42 pm
Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjalani pembedahan Ahad ini bagi merawat masalah bahu yang sudah lama dialaminya.
Pada sidang media oleh anak perempuannya, Nurul Nuha, Nurul Ilham dan Nurul Iman di kediaman mereka di Segambut hari ini, mereka berkata pembedahan itu tidak boleh ditangguh lagi selepas kemalangan 22 September lalu memburukkan lagi masalah bahu bapa mereka.

Anwar yang juga ketua umum PKR akan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) esok untuk pemeriksaan pra-pembedahan.

Mereka berkata pihak keluarga mempunyai keyakinan penuh kepada kakitangan perubatan HKL, tetapi tetap menggesa kerajaan memberikan jaminan kepada mereka.

Mereka menggesa kerajaan tidak campur tangan dalam proses rawatan dan Anwar diberikan akses penuh terhadap kemudahan pemulihan di hospital itu.

Ini kerana kemudahan yang ada di Penjara Sungai Buloh sangat terhad, kata mereka lagi.

Mereka juga meminta kerajaan membenarkan kumpulan hak asasi mamusia berjumpa Anwar sepanjang proses rawatan dan pemulihan.

2 comments:

  1. Hello.This article was really remarkable, especially since I was looking for
    thoughts on this subject last Tuesday.

    ReplyDelete
  2. Dey thamby...... DAP UG dgn UMNO di Penang apa cerita. Kasi published la itu cerita.... Mmg dasar munafik @ talam dua muka!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa