Selangor sumbang RM1 juta untuk banjir Pulau Pinang
Looi Sue-Chern · Diterbitkan pada 5 Nov 2017 9:57PM
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (tiga, kiri) menjelaskan kepada rakan sejawatnya dari Selangor Mohamed Azmin Ali (dua, kanan) berhubung situasi terkini di bilik kawalan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) Majli Bandaraya Pulau Pinang hari ini. – Gambar The Malaysian Insight, 5 November, 2017.
KERAJAAN negeri Selangor menghulurkan sumbangan tunai RM1 juta kepada Pulau Pinang sebagai bantuan pemulihan banjir yang melanda negeri itu hari ini kesan tempias Taufan Damrey.
Menteri Besarnya, Mohamed Azmin Ali berkata beliau juga sudah mengarahkan pihak berkuasa tempatan di Selangor untuk mengerahkan petugas bagi membantu kerja-kerja pembersihan selepas banjir.
“Pihak berkuasa tempatan di Selangor telah diberitahu untuk ke Pulau Pinang dengan peralatan mereka…Mereka akan datang dengan peralatan, jentera bagi membantu kerja-kerja pembersihan.
“Sukarelawan dari Selangor juga sudah tiba di Pulau Pinang untuk menolong mereka yang terjejas banjir. Lebih kurang 300 orang akan berada di sini.
"Ini adalah usaha kecil Selangor membantu Pulau Pinang pada waktu yang sukar begini, tetapi saya gembira melihat negeri ini, terutamanya di bahagian pula, yang mula pulih," katanya kepada wartawan di George Town.
Azmin berada di Pulau Pinang untuk menziarahi Ketua Menteri, Lim Guan Eng di pejabatnya di Komtar.
Beliau sebelum itu diberi taklimat mengenai perkembangan banjir di Pulau Pinang di bilik kawalan Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
Terdahulu, Azmin dalam satu kenyataan media berkata, kerajaan negeri Selangor bersolidariti bersama kerajaan negeri Pulau Pinang berikutan bencana yang melanda negeri itu.
Menurut beliau, kerajaan Selangor akan memberikan sokongan penuh menyediakan bantuan kepada mangsa banjir.
"Walaupun Kerajaan Negeri Selangor yakin Ketua Menteri, Lim Guan Eng sedang melakukan sedaya upaya untuk mengatasi masalah banjir di Negeri Pulau Pinang, kami memberi jaminan bahawa kami sedia menawarkan bantuan semampu yang mungkin.
"Sementara itu, saya telah meminta pasukan sukarelawan untuk segera bergerak ke Pulau Pinang dalam beberapa fasa mulai petang ini," katanya.
Dalam pada itu, kerajaan Kelantan sedia menyalurkan bantuan segera berjumlah RM50,000 kepada Pulau Pinang.
"Kerajaan negeri akan turut membantu mangsa-mangsa banjir dengan menghantar sukarelawan dan meluluskan sejumlah RM50,00 sebagai bantuan segera ke Pulau Pinang," kata Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob dalam satu kenyataan media di Kota Bharu, hari ini.
Setakat ini 113 kawasan di Pulau Pinang terjejas akibat bencana itu dengan 3,365 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan.
Bencana terbabit turut mencatatkan enam kematian setakat jam 8 malam ini manakala lapan kejadian tanah runtuh dilaporkan di negeri itu.
Sementara itu, di Kedah, seramai 1,906 mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan setakat jam 8 malam ini.
Kesemua mangsa daripada 529 keluarga dipindahkan ke 33 pusat pemindahan sejak petang semalam dan hari ini membabitkan penduduk Kuala Muda, Yan, Kulim, Bandar Baharu dan Baling. – 5 November, 2017

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa