Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 8, 2017

Ibu tunggal tunjuk isyarat lucah kepada Trump dipecat

Agensi |  November 07, 2017 17:10 MYT
Ibu tunggal tunjuk isyarat lucah kepada Trump dipecat
Antara reaksi pengguna media sosial tentang aksi Briskman yang menunjuk isyarat lucah dengan jari kepada Trump. - Foto:Twitter
VIRGINIA: Seorang wanita yang gambarnya viral selepas menunjukkan isyarat lucah kepada kenderaan yang membawa Presiden Amerika Syarikat (AS) telah dipecat dari kerja, lapor agensi berita AFP.

Ibu tunggal itu, Juli Briskman, menunjukkan isyarat tersebut ketika mengayuh basikal di Virginia bulan lalu sewaktu dia dipotong oleh konvoi kenderaan yang membawa Donald Trump.

“Ketika dia melewati, saya tiba-tiba naik darah.

“Dialah yang menyebabkan penerima program Daca dibuang. Dia juga yang menarik balik pendaftaran Obamacare. Hanya satu per tiga daripada Puerto Rico mempunyai kuasa. Saya berfikir, dia pasti menghabiskan masa di padang golf saja," ujar Briskman.
Aksi Briskman itu dirakamkan seorang jurugambar yang kebetulan menyertai konvoi Trump. Imej itu telah tersebar ke platform media sosial dengan pantas.

Ramai yang menyifatkan Briskman sebagai wira, termasuk ada yang berjenaka mengatakan dia layak untuk bertanding dalam pilihan raya tahun 2020.

Hos program komedi larut malam juga menyiarkan tentang berita tersebut.

Briskman bekerja sebagai pegawai pemasaran dan komunikasi di sebuah syarikat kontraktor di Virginia selama enam bulan.

Dia telah berhubung dengan jabatan sumber manusia syarikatnya itu mengenai kekecohan di media sosial, namun seterusnya telah dipanggil oleh majikannya.

“Mereka berkata: ‘Kami melepaskan anda’.

“Secara umumnya, anda tidak boleh meletakkan gambar lucah atau tidak senonoh di media sosial,” ujar Briskman.

Tambahnya, syarikat tersebut tidak bersetuju dengan tindakan Briskman menggunakan imej viral itu sebagai gambar profil di akaun Twitter dan Facebook miliknya.

Majikannya menegaskan bahawa perbuatan itu melanggar polisi media sosial serta merosakkan reputasi syarikat itu sebagai kontraktor kerajaan.

Berita tentang pemecatan Briskman juga tersebar dengan cepat, hingga mencetuskan kemarahan netizen yang mempertikaikan hukuman itu, sedangkan Briskman hanya mengekspresi kebebasan bersuara, seperti termaktub dalam perlembagaan AS.

1 comment:

  1. Excellent weblog right here! Also your site so much up very fast!
    What host are you the usage of? Can I am getting your affiliate link for your host?
    I desire my site loaded up as fast as yours lol

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa