Kehadiran Zakir Naik di Malaysia tanda wujud sokongan ekstrem Islam
Diterbitkan pada 2 Nov 2017 7:07PM
Dr Zakir Naik yang berasal dari India telah menjadi penduduk tetap di Malaysia selama lebih daripada lima tahun. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 November, 2017
PENGKRITIK melihat kehadiran pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik di Malaysia mendapat sokongan pihak atasan terhadap ekstrem Islam di negara ini, lapor Times of India.
Laporan itu mengatakan "sokongan terhadap Islam yang lebih dipolitikkan" beberapa tahun ini telah berkembang di bawah pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak terutamanya selepas prestasi kerajaan yang lemah sejak Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Umno pimpinan Najib dilihat cuba menarik sokongan daripada Melayu-Islam yang semakin konservatif menjelang PRU14.
Zakir yang berasal dari India telah menjadi penduduk tetap di Malaysia selama lebih daripada lima tahun.
Dia telah diharamkan di United Kingdom (UK) dan Agensi Penyiasatan Kebangsaan India (NIA) minggu lepas memfailkan kertas pertuduhan terhadapnya kerana atas dakwaan menghasut golongan muda melakukan kegiatan keganasan dan memberi ucapan berbaur kebencian.
Penganalisis di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam di Singapura dipetik sebagai berkata sekiranya Zakir diusir dari Malaysia, kerajaan akan dilihat "hilang kredibiliti di mata orang awam".
Katanya, kerajaan masih menyokong Zakir biarpun masalah undang-undang yang dihadapinya di luar negara kerana "dia tetap watak paling popular di kalangan orang Melayu yang mengaburi aspek yang lebih kontroversi".
Putrajaya menafikan pendakwah itu diberi "layanan istimewa" sebagaimana didakwa beberapa pihak tertentu dan Kementerian Dalam Negeri berkata Zakir tidak melanggar undang-undang di Malaysia. – 2 November, 2017. - sumber

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa