Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, November 3, 2017

Salahkan ‘dua ekor’makhluk: Sekarang ni kalau tak sumpah seranah, bukan PAS namanya!

Nik Amar salahkan ‘dua ekor’ jadi punca kesilapan pasar baru Pasir Puteh
MALAYSIA DATELINE  -  November 2, 2017 5:24 pm
Mohd Amar Abdullah

Masalah rekabentuk pasar baru Pasir Puteh yang diberi nama Pasar Siti Hajar adalah angkara seorang pegawai di Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) dan seorang bekas ahli Majlis MDPP.

Timbalan Menteri Besar (TMB) Kelantan Datuk Nik Mohd Amar Abdullah berkata, dua individu itu memulakan perundingan dengan pihak pemaju dalam mereka bentuk pasar baru itu.

“Dua ekor makhluk ini yang pergi berunding dengan syarikat pemaju pada masa Tok Guru (Nik Abdul Aziz Nik Mat) ada lagi.

“Kalau ada masalah pasar tu sempit atau lain-lain masalah pergi tanya mereka dan jangan salahkan orang lain,” katanya ketika berceramah di Pengkalan Chepa malam tadi.

Enggan menamakan dua individu terbabit, beliau berkata MDPP dan badan-badan pelaksana lain hanya bertindak melaksanakan apa yang diputuskan.

“MDPP dan badan-badan lain yang membina pasar ini hanya melaksanakan keputusan kerana mereka telah dilantik mewakili majlis,” katanya.

Beliau menggesa orang ramai khususnya para peniaga yang tidak berpuas hati dengan pasar baru itu supaya ‘mencari’ mereka.

“Kalau nak komplen ruang tak muat, banyak masalah pergi cari dua orang ini dan marahkan mereka.

“Dua orang ini sekarang jadi kepala halian (juara) PAN di Pasir Puteh,” katanya.

PAN adalah singkatan Parti Amanah Negara yang biasa digunakan pemimpin Pas dan Umno apabila merujuk kepada AMANAH.

Nik Amar juga melahirkan rasa pelik apabila kerajaan negeri dipersalahkan ekoran masalah yang timbul di pasar baru itu.

“Sekarang pihak kerajaan pula mahu disalahkan sedangkan ini kerja mereka. Minta pula Menteri Besar turun cari penyelesaian.

“Kita telah ada Yang Dipertua Majlis Daerah, kita ada Exco (Kerajaan Tempatan) merekalah kena selesaikan masalah,” katanya.

Beliau menyifatkan apa yang berlaku berpunca daripada wujudnya ‘pengacau’ yang menghasut rakyat.

“Mereka ini yang mengadakan pelbagai cara untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan (negeri). Mereka sekarang menjadi pengganti Umno untuk menyerang kita,” katanya.

Majoriti peniaga Pasar Besar Pasir Puteh enggan berpindah ke pasar baru kerana mengadu ruang niaga yang disediakan terlalu kecil, sistem keselamatan dan longkang tidak sempurna dan lokasi pasar yang terpencil.

MDPP memberi notis supaya mereka berpindah sebelum 22 Oktober lalu.

Pada 22 Oktober, bekalan elektrik dan air di pasar lama dipotong dan ini memaksa peniaga mencari alternatif sendiri untuk meneruskan perniagaan.

Semalam persatuan peniaga mengadakan gotong royong membersihkan kawasan pasar lama ekoran pihak MDPP menghentikan khidmat kebersihan dan pungutan sampah di pasar itu.

3 comments:

  1. cantik nik amar... adakah arwah tok guru juga bersalah..

    ReplyDelete
  2. bakpe pulok ore Amanah dijadikan black sheepnyo nik amar? mano integriti dan kebertanggungjawaban jika semua jadi salah bekas pemegang jawatan?

    tok guru punya namo pun demo jual, apo saloh arwoh pado demo ni nik amar?

    jiko pas lo ni tak mau tanggungjawab atas kes aniaya peniaga, maka moleklah adik kakok mulo cari parti hok buleh buat kiro... boh la pas..

    ReplyDelete
  3. Agak2 YDP Majlis Daerah dan Exco Kerajaan Negeri tu dari parti mana? Apakah seorang pegawai bawahan dan Ahli Majlis boleh membuat keputusan pembangunan daerah? Bila bercakap dengan alasan politik maka kebodohan terserlah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa