Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 8, 2014

Kisah Bawani Yang Lama Sepi

Listen, listen, listen… Bawani terus berjuang
04:30PM Apr 08 2014
KUALA LUMPUR: Setahun lalu, pelajar jurusan undang-undang K.S. Bawani terkenal dengan video “Listen, listen,listen” yang dikongsi di YouTube. Klip tersebut menggambarkan Bawani berdepan Sharifah Zohra Jabeen, presiden organisasi Suara Wanita 1Malaysia, di forum Universiti Utara Malaysia pada Disember 2012.
Sharifah Zohra menempelak Bawani dengan menggunakan ungkapan “listen, listen, listen” berulang kali ketika Bawani mengutarakan cadangan agar Malaysia memberi pendidikan percuma kepada semua rakyatnya. Sharifah merampas mikrofon darinya dan berkata, manusia mempunyai masalah dan haiwan juga berdepan masalah.
Hari ini, Bawani 28 tahun, wanita dari Air Kuning Kampar menggunakan popularitinya bagi kerja-kerja sukarela. Dan beliau masih meneruskan perjuangan bagi pendidikan percuma.
“Pendidikan ialah hak asasi setiap manusia. Setiap rakyat Malaysia perlu diberi pendidikan. Saya percaya Malaysia mampu mencapai hasrat ini dan memberi pendidikan dari peringkat tadika ke tahun satu di universiti,” beliau memberitahu The Heat.
“Berdasarkan laporan audit yang dihasilkan jabatan audit negara, kita kehilangan RM30 bilion kerana korupsi dan pengurusan yang lemah. Di tambah dengan hasil petroleum negara, kita mampu menawarkan pendidikan percuma.”
Bawani merupakan anak ketiga daripada lima adik-beradik. Bapanya pekerja kilang yang meninggal dunia pada tahun 2000. Ibunya tidak mempunyai pekerjaan. Bawani menuntut di attended SJK (T) Kampar sebelum mendapat pendidikan peringkat menengah di SMK Ayer Kuning. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di bidang psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2008.
Selepas menamatkan pelajaran, Bawami bekerja dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM), yang membuka matanya tentang perjuangan rakyat dan ini menimbulkan minat di dalam dirinya.
“Saya sedar bertapa penting bagi memiliki latar belakang undang-undang bagi membantu mereka, jadi selepas beberapa tahun, saya mengikuti jurusan undang-undang di UUM pada 2011,” katanya.
Beliau merupakan seorang sukarelawan sehingga video tersebut galak dikongsi di Internet pada 13 Jun 2013.
“Ia dikongsi kerana kandungannya. Masanya sesuai bagi bercakap kerana saya seorang pelajar. Sharifah menempelak saya tetapi saya tetap mahu bersuara dan jelas, kebebasan bersuara tidak diamalkan,” katanya.
Bawani berkata apabila ia tersebar, ibunya yang berusia 52 tahun amat bimbang. Selepas diberi penjelasan, ibunya nyata berbangga dengan perjuangan tulus Bawani.
Bawani sebenarnya bermula sebagai aktivis sebelum terlibat dengan PSM. Di UKM, beliau terlibat dengan pertubuhan kebajikan yang menyediakan tuisyen percuma kepada murid-murid sekolah dii estet.
Selain itu, Bawani juga terlibat dengan Jaringan Rakyat Tertinda (Jerit), sebuah pertubuhan NGO yang membantu masyarakat tertindas.
“Terdapat pelbagai ketidakadilan di sekeliling kita. Golongan muda perlu bangkit dan tahun ini, kita dihimpit bebanan kos sara hidup yang tinggi. Kita juga masih mencari pendidikan percuma di negara ini,” katanya.
Bawani kini ketua pemudi PSM dan berharap dapat menamatkan pelajaran di USM tahun depan. Beliau akan kekal berjuang bagi mendapatkan pendidikan percuma tetapu berkata, tidak berminat menceburi bidang politik.
“Saya tiada niat menjadi ahli politik. Saya hanya mahu memperjuangkan hak rakyat dan meneruskan kerja sukarela dan perkhidmatan masyarakat,” ujarnya.
Beliau nyata berani bersuara dan Malaysia memerlukan aktivis sepertinya. Mereka nyata tidak gentar dengan sesiapa sahaja yang cuba menghalang perjuangan mereka.
Ini merupakan bahagian keempat dan terakhir di dalam siri artikel yang pertama kali diterbitkan pada 8 Feb 8 di dalam The Heat. - sumber

3 comments:

  1. Everyone loves it when individuals come together and share opinions.

    Great blog, stick with it!

    Here is my web blog :: www

    ReplyDelete
  2. Come on K.S. Bawani, move forward only sometimes look backward

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa