Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 8, 2014

Tengku Mahkota Dikatakan Membelasah Seseorang

Mahkamah perlukan satu Azlan Shah lagi
SUBKY LATIFAPR 07, 2014

Dunia kejaksaan kita tercabar lagi apabila adanya isu Tengku Mahkota dikatakan membelasah seseorang yang perkara itu diserahkan kepada penelitan Peguam Negara.
     
Apakah Peguam Negara ada wibawa untuk menangani perkara berkedudukan tinggi ini menjadi perhatian.
      
Pada zaman awal kemerdekaan dulu kejaksaan ada wibawa untuk menangani kes yang melibatkan anak raja bertakhta atau anak raja yang termasuk dalam salur galur waris takhta.
      
Pihak pendakwa ada kejantanan untuk mendakwa dan ada hakim yang ada wibawa untuk menjalankan keadilan.
     
Apakah ketika itu sistem keadilan memang berwibawa atau ia berwibawa kerana adanya seorang anak raja menjadi hakim iaitu Hakim Raja Azlan Shah.
     
Peguam Negara masa itu berani mendakwa dan Hakim Raja Azlan Shah diberi tanggungjawab untuk menjalankan tanggungjawabnya.
    
Seorang waris Sultan Perak yang menunggu  giliran untuk menjadi Sultan telah didakwa dan seorang yang bergelar Raja Muda Johor telah dihadapkan ke mahkamah. Apa kes mereka carilah sendiri.
     
Tetapi kes berprofail tinggi itu telah diserahkan kepada Hakim Azlan Shah untuk menghakiminya. Apakah masa itu keberanian sistem kehakiman itu kebetulan adanya anak raja yang dihormati menjadi hakim atau kehakiman benar-benar berwibawa, maka anak raja boleh didakwa, boleh dianalisis, tetapi yang penting anak raja yang berkemungkinan menjadi Raja didakwa.
     
Hakim Raja Azlan Shah telah menjalankan tanggungjawab, kedua-dua kes itu telah disabitkan.
     
Apakah mahkamah ada keberanian untuk menangani kes Tengku Mahkota yang dikatakan membelasah seseorang yang ada sekarang?
     
Saya tidak dapat mengagak. Mungkin negara sekali lagi perlukan seorang lagi Hakim Raja Azlan Shah baik secara kebetulan atau tidak. Raja Azlan Shah baru itu mestilah ada wibawa seperti Hakim Raja Azlan Shah yang kemudiannya menjadi Sultan Perak dan pernah menjadi Yang Dipertuan Agung.
       
Mungkin kita tidak perlu fikirkan ada lagi anak raja jadi hakim dan kemudiannya naik takhta, tetapi yang dikehendaki oleh kejaksaan Malaysia ialah hakim seperti Azlan Shah dan Peguam Negaranya juga macam Raja Azlan Shah.
     
Biar mana-mana hakim asal menjadi hakim mesti ada keberanian seperti yang Hakim Raja Azlan Shah pernah tunaikan. Apakah kebetulan keberaniannya itu kerana baginda juga anak raja, yang penting hakim itu  sendiri berani dan berwibawa seperti Raja yang dikehendaki juga.
     
Tidak kira hakim itu anak Orang Asli, tetapi dengan sokongan kerajaan yang juga berwibawa, yang penting kita perlu hakim seperti Azlan Shah lagi, bukan sekadar seorang tetapi semua orang.
    
Jangan jadikan Hakim Raja Azlan Shah itu sebagai satu legenda, yang selepas itu tidak ada lagi hakim yang layak menghakimi kes yang melibatkan anak-anak istana.
    
Amat malang bagi hakim bukan saja tidak berani melihat muka anak raja, melihat anak menteri pun tak berani. Jika hakim kita jenis ini belaka, maka mahkamah dan kejaksaan itu bukanlah untuk menegakkan keadilan untuk semua, ia akan dilihat hanya untuk rakyat jembel.
    
Apa pun semua merasakan kes seorang Tengku Mahkota yang terbaharu itu, sebagai permulaan memerlukan seorng lagi Hakim Azlan Shah. Kita perlu hakim macam itu bukan kerana anti  raja dan anti sistem beraja, tetapi demi keluruhan undang-undang seperti yang Rukun Negara mahu.

5 comments:

  1. kah3x..lawak giler...azlanshah????

    ReplyDelete
  2. Teringat pula kata2 hulubalang melaka dulu-dulu zaman sultan Mahmud.....raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.

    ReplyDelete
  3. Keberanian, keadilan dan ketegasan Raja Tun Azlan Shah, hanyalah ketika menjawat jawatan hakim sebelum dilantik menjadi Raja Muda Perak dan kini sultan.

    ReplyDelete
  4. Zaman wayang hitam putih dulu, banyak cerita dipertontonkan seseorang yg hendak menjadi raja atau sultan berkelakuan spt samseng dgn penyokong2nya sekali. Kalau lembik2 sorry banyaklah boleh jadi sultan. Apakah benar slogan 'filem kita wajah kita' relevan dgn cerita filem lama itu.
    Drd pengajian tawarikh silam juga boleh dibuat kajian atau rujukan. Bukankah Parameswara membunuh Raja Temasik untuk menjadikan dirinya raja di pulau itu? Bukankah kerana ego sultan jugalah yg menyebabkan Dang Anum, isteri kpd Laksamana Bentan (Megat Seri Rama) dibunuh di Kota Tinggi? Ada pula tu putera kpd Sultan Melaka membunuh seorang pemuda, semata2 kerana dastarnya jatuh terkena bola raga? Ketiga2 persoalan ini adalah hakikat sejarah dan bukan rekaan.
    Ps: Mujur Melaka kini sudah tiada lagi bersultan.

    ReplyDelete
  5. semacam je kau org gelakkan tulisan subky tu

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa