Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 8, 2014

Misteri MH370 : Plot Di Sebalik Tadbir Dan 6 Bulan Sebelum Tragedi

Misteri MH370 : Plot Di Sebalik Tadbir (Episod Pertama)
Saya mempercayai kesungguhan ini - iaitu Kotak Hitam yang giat dicari dan harapkan, sekali pun ia bakal dijumpai dan dianalisis segala data yang terkandung di dalamnya, ia akan tetap tidak akan memberi kita apa-apa jawapan dan petunjuk berkenaan misteri kehilangan pesawat MH370 ini. Sudah 30 hari berlalu - dan tragedi ini tetap menjadi misteri paling aneh dalam sejarah penerbangan dunia. Seolah-olah ada pihak yang sememangnya mahu peristiwa ini dicatatkan sebagai peristiwa "paling misteri" dalam sejarah. Bahkan ia seakan-akan mahu peristiwa MH370 akan terus hidup diulang-ulang sebagai kisah yang dipenuhi keanehan dan diselubungi dengan konspirasi yang tiada jawapan sampai bila-bila. 

Misteri MH370 tidak akan jauh bezanya dengan kisah pembunuhan Presiden AS John F Kennedy pada lewat tahun 1963 yang tidak pernah terungkai siapakah sebenarnya dalang di sebalik pembunuhan tersebut - namun yang jelas pasti akan ada pihak yang "dikambinghitamkan". Dalam kes pembunuhan JF Kennedy, Lee Harvey Oswald menjadi individu yang berjaya dijadikan kambing hitam - dia ditembak mati sebelum apa-apa perbicaraan mengesahkan bahawa dia merupakan adalah pembunuh JF Kennedy yang sebenar. Dan akhirnya satu laporan telah dikeluarkan bagi menjelaskan bahawa Oswald bukanlah individu yang mampu membunuh JF Kennedy, laporan tersebut menulis, "namun, sebuah simulasi lain menunjukkan bahwa penembak Kennedy menggunakan peralatan yang sangat canggih, yang dipasangkan pada sebuah tripod. Peralatan tembak itu juga menggunakan sinar laser pelacak sasaran yang akurat. Sumber tersebut mengatakan, “Hampir tidak mungkin bagi Oswald melakukan penembakan seperti yang dituduhkan.”

Kes yang sama turut berlaku ke atas peristiwa keruntuhan World Trade Center (WTC) pada 11 September 2001. Dalam beberapa jam sahaja al-Qaeda dan Osama bin Laden dituduh sebagai dalang peristiwa tersebut, namun demikian sehingga hari ini, mayat Osama bin Laden tidak pernah didedahkan kepada khalayak umum - ia hanya didakwa telah mati dibunuh oleh pasukat tentera elit AS dan mayatnya dicampakkan ke laut. Hampir semua gambar Osama bin Laden yang kononnya telah mati ditembak adalah palsul dan sengaja disebarkan secara meluas di internet.  

Seperti yang diketahui, Osama bin Laden telah dibunuh oleh pasukan komando AS, Navy SEAL, di Abbottabad, Pakistan, pada awal Mei 2011. Jenazahnya tidak dikuburkan, tetapi dicampak ke laut dari kapal induk USS Vinson. Jika mayat Saddam Hussien boleh didedahkan secara terperinci untuk tatapan dunia, mengapa tidak bagi mayat Osama bin Laden? Maka ada kebenaran terhadap dakwaan bahawa watak Osama bin Laden sengaja direka-reka bagi menghalalkan penjajahan dan serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas mana-mana negara yang tidak disukainya atas nama memerangi pengganas. Begitu juga dengan tragedi MH370. Plot cerita hampir sama dengan semua plot tragedi konspirasi besar dunia. Mereka mahu kisah MH370 diingati sebagai peristiwa maha dahsyat dalam lipatan sejarah kehilangan pesawat komersial dunia. Tragedi ini akan diulang-ulang dalam hampir semua mesyuarat antarabangsa, kolukium, perjumpaan menteri-menteri, pertemuan duta-duta - bahkan ia bakal menjadi agenda penting dalam episod "Keselamatan di Asia". 

Mereka mahu membuat kesimpulan segera, bahawa Asia - khususnya Asia Tenggara memerlukan rakaian strategi pertahanan serantaunya - sebagai mana kewujudan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Mereka mahu pertubuhan ala-NATO segera wujud di Asia Tenggara, sekaligus mengurangkan dominasi China di rantau ini. NATO versi Asia Tenggara mungkin diketuai oleh Singapura, negara kecil proksi AS yang mungkin sementara waktu boleh dipercayai. Terdapat 11 negara yang termasuk dalam kelompok negara Asia Tenggara, dan hampir semuanya mempunyai sejarah atau hubungan yang akrab dengan Tanah Besar China, baik melalui sejarah budaya mahu pun atas faktor ekonominya. Pada tahun 1990-an, Cina dipandang sebagai ancaman bagi negara-negara di Asia Tenggara. Hal ini disebabkan oleh adanya konflik tuntutan kawasan di Laut Cina Selatan yang melibatkan Taiwan, Vietnam, Malaysia, Filipina dan Brunei, di samping sokongan terbuka China terhadap fahaman komunisme pada masa lalu, menyebabkan negara itu dipandang serong oleh Asia Tenggara. 

Namun, persepsi ini mulai berubah ketika terjadi krisis kewangan di Asia pada tahun 1997-1998. China mula membuka pintunya kepada dunia luar - produk-produknya mula membanjiri pasaran Asia Tenggara dan hubungan perdagangan dan ekonomi semakin rancangan antara China dengan Asia Tenggara. China mula menunjukkan taring ekonominya yang setandingan dengan AS bahkan China pernah digelar sebagai naga yang baru bangun daripada tidurnya. Namun demikian, dalam tempoh 10 tahun selepas China membuka pintunya kepada dunia luar - China mahukan lebih daripada sekadar hubungan perdagangan dan industri dengan Asia Tenggara. Sebaliknya, China mahu menjadi penggerak utama kepada forum keamanan di rantau ini, sekali gus mengembangkan hubungan keamanan bilateral dan multilateral dengan negara-negara di Asia Tenggara. Sekiranya China berjaya menjadi pemain utama kepada hubungan keamanan seperti mana yang dicita-citakannya, maka Asia Tenggara sudah mempunyai pilihan baharu selain daripada AS. Dan sudah tentu hal ini amat dibenci oleh pentadbiran Rumah Putih, sekali gus mengurangkan peranan ketenteraan AS di Asia Tenggara. Plot kehilangan MH370 dicipta bagi mewujudkan dua kemungkinan, pertama - kegagalan teknologi canggih China dalam menyelesaikan masalah yang dianggap "remeh" dan mudah oleh masyarakat dunia (iaitu mencari dan menyelamatkan penumbang pesawat komersial MH370), secara tidak langsung mewujudkan kesangsian bahawa China tidak berupaya mengemudi keamanan di rantau ini. Kedua - meninjau keupayaan sebenar kekuatan angkatan tentera China serta teknologinya. Dan AS melalui proksi setianya - Australia, mahu membuktikan bahawa, dunia sememangnya sangat bergantung harap dengan AS sampai bila-bila! 

Bersambung.... Episod ke-2


Misteri MH370 : 6 Bulan Sebelum Tragedi (Episod ke-2)
Kita masih tetap teguh membicarakan apakah mesej di sebalik tragedi kehilangan pesawat MH370. Sama ada para pembaca suka membaca hipotesis ini atau pun sebaliknya, terserah. Namun demikian, saya tetap mempercayai bahawa terdapat mesej dan agenda besar yang tersirat untuk Asia, khususnya Asia Tenggara. Seperti yang sudah saya jelaskan sebelum ini bahawa, tragedi MH370 seakan-akan ada pihak yang mahu menjadikan ia sebagai peristiwa yang tidak akan luput dan sentiasa "dihidupkan" bagi mencapai sesuatu maksud dan cita-cita yang sangat besar. Ia sebenarnya bukan untuk mencari "khazanah bernilai" di dalam pesawat itu atau pun mahu membunuh 22 saintis China yang menjadi penumpang di dalam MH370, kerana jika itu maksudnya, MH370 tidak perlu "dilarikan" terlalu jauh sehingga ke Lautan Hindi, cukuplah sekadar mereka mengupah mana-mana pengganas untuk meletupkan atau menjatuhkan pesawat tersebut di kawasan yang lebih terbuka dan mudah diselesaikan dengan satu kesimpulan yang utuh, Namun demikian, mereka tidak memilih cara itu - kerana maksud disebalik menghilangkan MH370 bukanlah kerana mahu membunuh saintis China yang kononnya ingin membawa pulang ilmu canggih milik AS yang yang sangat terkenal itu - Sistem Kawal dan Perintah Command and Control System - (CNC) yang didakwa telah dibeli daripada pihak Taliban yang sebelum ini telah berjaya merampasnya daripada pasukan konvoi tentera elit AS di Afghanistan pada bulan Februari yang lalu. 

CNC merupakan sistem yang mengawal pesawat tanpa pemandu yang dicipta oleh AS yang dikenali sebagai "Drone" - Drone bukan semata-mata pesawat tanpa pemandu, bahkan ia merupakan istilah bagi menggambarkan "senjata automatik tanpa pemandu" yang merangkumi tentera robotik, kapal perang tanpa tentera, ular robotik pencuri maklumat, pesawat pejuang tanpa pemandu dan banyak lagi teknologi ketenteraan masa hadapan bagi menterjemahkan tatacara peperangan masa hadapan yang mereka istilahkan sebagai "Perang Hari Esok". Dan CNC adalah kunci kepada teknologi masa hadapan ini. Dikhabarkan juga, kononnya CNC yang dimiliki oleh Taliban ini merupakan CNC versi generasi ke-4 yang lebih canggih dan termaju - ia menggerakkan Drone generasi ke-4 yang dikenali sebagai P46 Avenger iaitu pesawat UAV (Unmanned Air Vehicle) yang bukan sekadar sebagai pesawat peninjau atau mengumpul maklumat, bahkan ia semakin maju sebagai pesawat tanpa pemandu yang dilengkapi teknologi penangkis rada, mampu terbang 12 jam tanpa henti, mampu membawa senjata seberat 2000 pound dan hampir sama dengan pesawat tempur F-35 Lightning II Joint Strike Fighter milik tentera udara AS. 

Soalnya apakah China sangat memerlukan teknologi CNC sehingga tergamak mengambil risiko dengan cara sebegini? Apakah pasukan elit dan intelligence China begitu bodoh untuk  menghantar pulang teknologi paling canggih di dunia itu melalui pesawat awam yang jauh lebih bahaya dan sangat mudah terdedah kepada kebocoran maklumat, khususnya kepada media? Apakah melalui Malaysia teknologi tersebut lebih sesuai "diangkut" berbanding dengan laluan melalui Tajikistan atau Pakistan yang jauh lebih dekat dan selamat? Semua ini membawa kita kepada satu kesimpulan bahawa, ini bukanlah tujuan sebenar mengapa mereka cuba menghilangkan MH370 jauh ke tengah-tengah Samudera Hindi, tempat yang sangat sunyi lagi jauh. Sudah tentu ada sebab lain - yang jauh lebih besar dan munasabah, serta impaknya lebih menguntungkan pihak yang melakukan konspirasi tersebut. 

Cuba kita tanya apakah natijah daripada peristiwa keruntuhan WTC? bukankah ia menghalalkan penjajahan AS berskala besar? Mengaut keuntungan minyak dan penjualan senjata? Cuba kita tanya apakah keuntungan AS (baca sekali atas nama Yahudi/Israel) apabila mewujudkan plot konspirasi kononnya Iraq mempunyai senjata pemusnah? Cuba kita bertanya siapakah yang untung hasil daripada Perang Dunia Pertama dan Kedua? Cuba kita bertanya apakah keuntungan AS apabila mengembar-gemburkan kewujudan UFO? Sudah berapa banyak wang kita habis semata-mata menonton produk AS atas nama "UFO Mahu Menyerang Dunia"? Ia adalah sama dengan kewujudan  watak Jack The Ripper - watak misteri yang wujud dan tidak pernah ditemui jejaknya, namun yang tetap untung adalah produksi filem dan novelnya! Begitu juga dengan kisah Shakespeare? Siapakah penulisnya? Illuminati siapakah ahlinya? Freemason siapakah ketuanya? Rothschilds berapa banyak kekayaannya? Bermuda Triangle, apakah yang ada di dalamnya? Semua ini adalah misteri yang tidak pernah selesai dan tiada sesiapa pun yang boleh menjawabnya - tetapi cerita dan kisahnya sentiasa diulang dan dihidupkan untuk keuntungan sesuatu pihak. Ia memang sengaja dicipta dan dijajarkan sebegitu rupa, kerana ini adalah karekter sebuah konspirasi! Sesuatu peristiwa yang tidak ada urutan jawapan yang jelas dan menguntungkan segolongan kumpulan tertentu, maka itu adalah konspirasi. Ia sangat berbeza dengan Islam, al-Quran telah menjelaskan semua perkara dan kejadian alam dengan jelas dan terperinci tanpa keraguan dan kepayahan. Hanya syaitan sahaja yang gemar menjadikan manusia itu keliru dan mudah ditipu! 

Konspirasi - salah satu cirinya adalah menjadikan sesuatu peristiwa itu berada antara 50% kebenaran dan 50% lagi kepalsuan, sesuatu konspirasi yang berlaku di dunia ini tidak pernah mempunyai jawapan yang konkrit lagi jelas - ia akan terus terapung-apung seperti sebuah filem yang tergantung di akhir penceritaannya. Inilah yang terjadi kepada MH370 - 30 hari dengan penuh misteri, 26 negara tidak mampu merungkai keanehannya, teknologi canggih seakan-akan tidak berfungsi, bomoh dan para ustaz hanya berupaya menghamparkan mimpi - namun, walaupun kita mengesyaki semua ini adalah muslihat dan konspirasi musuh Islam, tetapi percayalah segalanya datang daripada Allah dan hanya Dia yang akan menghancurkan tipu daya mereka.  

Kita kembali kepada perbicaraan topik asal - Enam bulan sebelum peristiwa kehilangan MH370 tercetus, Presiden China, Xi Jinping tiba di Malaysia dalam rangka lawatan pertama kali bersama isterinya ke negara ini. Hal ini merupakan satu penghormatan tertinggi daripada kerajaan China kepada Malaysia - tanpa urusan penting, sudah tentu seorang presiden sebuah negara besar tidak akan membazirkan masanya membuat kunjungan dan lawatan selama tiga hari ke sebuah negara kecil seperti Malaysia. Dan sudah tentu ada sebab yang sangat mustahak mengapa Presiden China sanggup membuat lawatan rasmi ke Malaysia bermula 3 Oktober 2013 hingga 5 Oktober 2013 yang lalu...dan inilah yang akan kita bincangkan dalam siri yang akan datang....bersambung.. 
   

2 comments:

  1. kenapa perlu patah balik sedangkan bejing sudah dekat

    ReplyDelete
  2. mcm real je..yahudi as..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa